tasawwur

Kepelbagaian jenis muamalah


  • Memberi peluang kepada manusia melaksanakan aktiviti ekonomi mereka dengan lebih berkesan dan tidak hanya bergantung pada jenis muamalah tertentu sahaja. Contohnya manusia boleh melakukan pelbagai aktiviti perniagaan untuk mendapatkan wang seperti ijarah, ar-Rahn dan al-bai bithaman ajil dan sebagainya. jjm
  • Menggalakan orang yang mempunyai harta yang banyak membantu golongan yang kurang berharta di samping dapat mengembangkan lagi harta tersebut melalui aktiviti ekonomi yang dibenarkan oleh syarak seperti ar-Rahn, Ijarah dan sebagainya
  • Memastikan setiap manusia dapat menikmati dan memenuhi keperluan hidup mengikut kemampuan hidup mereka. Contohnya orang miskin dapat memiliki sesuatu barangan yang diperlukan oleh mereka melalui ijarah atau al-bai bithaman ajil.