tasawwur

p1 2019

SOALAN 1
a.i. Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai ad-Din?
Jawapan
  • Satu cara hidup manusia yang lengkap dan sempurna dan tidak hanya tertumpu pada soal ibadat semata-mata, malah merangkumi seluruh kehidupan manusia.
T4/51

a.ii. Nyatakan dua sebab Islan diterima sebagai agama yang diredai disisiAllah SWT .
Jawapan

  • Agama yang sempurna dan menyeluruhi aspek kehidupan
  • Islam mengutamakan akidah atau kepercayaan tauhid
b) Nyatakan dua ciri kebenaran Islam.

Jawapan
  • Penguasa Rom dan dan Mesir berminat dengan Islam setelah menerima surat daripada Rasulullah yang menceritakan tentang kebaikan Islam
  • Islam telah berkembang keseluruh dunia termasuk di Eropah, China, Amerika dan India
  • Allah SWT telah berfirman hanya Islam agama yang diedai-Nya dan tidak menerima agama-agama lain.
t4/ms54

c) Terangkan dua hikmah penurunan al-Quran secara berperingkat-peringkat.
Jawapan


  • Menjawab pertanyaan -pertanyaan yang dikemukan oleh orang Arab ketika itu merangkumi segala aspek kehidupan manusia.
  • Mememudahkan para sahabat menghafalkan ayat-ayat tersebut dan meyalinnya.
  • Membezakan antara kitab al-Quran dan kitab-kitab lain.
  • Menambahkan keyakinan bahawa kitab al-Quran bukan rekaan manusia.
  • Memudahkan manusia untuk menghafal, memahami dan dan melaksananakan kandungan al-Quran.

d) Huraikan dua bentuk pemikiran yang menepati syariat Islam.
Jawapan
  • Pemikiran yang yang bersumberkan al-Quran dan Hadis agar tidak terpengaruh dengan hawa nafsu
  • Pemikiran yang mendatang kesan positif untuk kemajuan umat Islam dan keamanan sejagat


     Kedatangan artis luar negara secara individu atau secara berkumpulan memberi lebih kesan negatif kepada akhlak remaja masa kini. Mereka membawa bersama budaya negatif yang bertentangan dengan agama dan budaya masyarakat Malaysia

f) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang akan terjadi sekiranya budaya negatif ini tidak dibendung dengan segera oleh pihak berkenaan.
   Jelaskan dua pandangan anda
Jawapan
  • Membantutkan usaha melahirkan modal insan yang berkualiti kerana terlibat dengan budaya negatif
  • Umat Islam akan rosak akidah dan akhlaknya kerana mengabaikan tuntutan agama islam
SOALAN 2
a) (i) Alam terbahagi kepada dua iaitu alam musyahadah dan alam ghaib.
        Nyatakan pengertian alam musyahadah.
  • Alam musyahadah ialah alam nyata yang dapat dirasai oleh pancaindera dan akal manusia  tentang kewujudannya dan dapat pula digunakan untuk kemudahan manusia seperti haiwan,   tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.

   (ii) Senaraikan empat contoh alam ghaib.

  • Alam barzakh.
  •  Hari Kiamat 
  •  Syurga
  •  Neraka
       
b) Nyatakan maksud memelihara alam.

  • Memelihara alam  bermaksud menjaga dan melindungi alam ini supaya tidak di rosakkan


c) Nyatakan maksud memulihara alam.


  • Memulihara alam bermaksud mengembalikan alam kepada habitat asalnya seperti menanam semula tumbuh-tumbuhan yang telah ditebang atau dimusnahkan supaya habitat alam akan kekal dan baik.

d) (i) keistimewaan manusia sebagai makhluk Allah SWT
Jawapan
  • Dikurniakan akal untuk berfikir bagi membezakan antara yang hak dan yang batil
  • Diberikan naluri untuk mencipta dan mendapatkan sesuatu.
  • Diturunkan kitab suci Al-Quran dan hadis sebagai panduan untuk hidup .
  • Setiap amalan manusia diberikan ganjaran, samada ganjaran baik (pahala) atau buruk ( dosa)
  • Dilantik sebagai khalifah Allah SWT dimuka bumi
e) Terangkan dua bentuk ancaman budaya asing terhadap umat Islam.



Dua bentuk ancaman budaya asing terhadap umat Islam.
  • Menyemai budaya yang bertentangan dengan Islam seperti sambutan Valentine's Day, mementingkan kebendaan dan sebagainya.
  • Menyebarkan bentuk-bentuk pemikiran seperti sekular,sosialis, kebebasan berfikir dan sebagainya.
  • Menyalurkan hiburan yang keterlaluan seperti black metal.
SOALAN 3
a.i. Nyatakan pengertian rasul

  • Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan  wajib disampaikan kepada orang lain. 
a.ii. Jelaskan dua peranan rasul.

Jawapan
  • Menyeru manusia mentauhid dan menyembah Allah SWT. 
  • Mengajar dan menerangkan perkara ghaib seperti hakikat ketuhanan, syurga, neraka dan kehidupan di alam barzakh 
  • Menyampaikan berita gembira dan bertindak sebagai pemberi ingatan kepada manusia 
  • Menyeru manusia supaya melakukan perkara kebaikan dan membaiki akhlak manusia 
  • Menyampaikan segala perintah dan larangan Allah SWT kepada manusia 
  • Mengajar manusia cara beribadat yang betul 
  • Menunjukkan cara kehidupan Islam yang sebenar 

b.Terangkan dua cara wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW.

Jawapan
  • Rasulullah SAW mendengar seperti bunyi loceng yang kuat . 
  • Malaikat Jibril datang dengan menyerupai manusia lalu mengajar Rasulullah SAW di hadapan para sahabat. 
  • Allah SWT berkata-kata dengan Rasulullah SAW dengan bahasa yang difahami oleh baginda, seperti dalam peristiwa israk dan mikraj. 
  • Wahyu disampaikan samada melalui mimpi yang benar, di sebalik tabir atau melalui perantaraan Malaikat Jibril 
c.i. Apakah maksud ilmu fardu kifayah?

Jawapan
  • Ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian umat Islam yang akan memberi faedah kepada manusia dan alam seperti ilmu perubatan dan ilmu pertanian

c.ii. Senaraikan empat contoh ilmu dardu kifayah.

Jawapan


  • lmu Perubatan
  • Ilmu Sains
  • Ilmu Perdagangan
  • Ilmu Pertanian

d. HARI KEKASIH

SOALAN 4
a.i. Nyatakan empat ciri muamalah menurut Islam.
  • adil kepada semua pihak 
  • reda antara kedua-dua belah pihak 
  • tidak membebankan mana-mana golongan 
  • tiada penipuan yang 
  • mendatangkan manfaat k22
a.ii. Bagaimanakah konsep tat-Ta'awun dalam Sistem Muamalah Islam mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.
  • bekerjasama dalam perkara yang mendatangkan kebaikan seperti perniagaan, sewa beli, pensyarikatan, dan sebagainya 
b.   Terangkan dua sebab generasi masa kini lebih berminat untuk bekerja makan gaji berbanding  dengan kerja sendiri
  • Melalui makan gaji pekerja mendapat upah yang tetap
  • Segala risiko untung atau rugi ditanggung bersama


c.   Terangkan dua etika kerja Muamalah
  • Rajin berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
  • Bersikap jujur, amanah dan tidak menipu dalam segala urusan  
  • Tekun dan tabah ketika melakukan segala urusan.
  • Bekerja kerana Allah SWT
t5/ms45

    d.   Nyatakan syarat sah muamalah secara am menurut Islam.

    • Persetujuan antara kedua belah pihak yang menjalankan transaksi ijab dan kabul
    • Pihak yang melakukan transaksi muamalah mestilah waras dan sempurna akal 
    • Transaksi yang dilakukan mestilah bersih daripada unsur-unsur penipuan
    • Barangan yang diperniagakan mestilah milik sah penjual.


    e.   i. Namakan  dua jenis muamalah yang diamalkan dalam situasi di atas.
    • al-Bai bithaman ajil
    • al-Murabbahah

         ii. Pada pendapat anda , mengapakah jenis muamalah tersebut menjadi pilihan mereka.
    • Pelanggan dibolehkan membayar secara ansuran mengikut tempoh yang telah dipersetujui bersama.
    SOALAN 5
    a. dua sebab harta adalah amanah Allah SWT

    • supaya manusian menggunakan dengan sebaik-baiknya
    • Supaya manusia tidak menggunakan harta yang di miliki secara membazir 
    • Supaya manusia tidak terlalu sombong dengan harta yang dimilikinya 
    • Supaya manusia berusaha bersungguh- sungguh untuk mencari harta 

    b.   i. Jelaskan dua perbezaan antara bekerja sendiri dengan bekerja disektor awam.
    Bekerja sendiriBekerja di sektor awam
    Pendapatan tidak   tetap bergantung kepada usahaPendapatan    tetap berupa gaji yang diketahui kadarnya
    masa yang fleksibel bergantung kepada kemahuan sendiriMasa kerja telah ditentukan oleh majikan tempat bekerja
    c.   Anda melakukan kerja sementara semasa cuti sekolah.
          Terangkan dua etika kerja dalam Islam yang perlu anda patuhi semasa bekerja.
    • bekerja dengan ikhlas kerana Allah 
    • sentiasa amanah terhadap kerja yg dipertanggungjawabkan 
    • bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh 
    • sentiasa mematuhi arahan ketua 
    • sentiasa meningkatkan produktiviti yang berkualiti
    • t5/ms40
    d.   Al-Mudharabah merupakan sistem muamalah Islam yang menepati konsep at-Ta'awun.
          Terangkan dua contoh lain dalam sistem muamalah Islam yang menepati konsep at-Ta'awun.


    • Wadiah

      Mewakilkan sesuatu barang atau harta yang berharga kepada  orang lain untuk disimpan dan diurus. 


    • Musyarakah

      Suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dalam sesuatu kegiatan ekonomi dan berkongsi dalam keuntunganmewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera 
    e.   Terangkan dua kepentingan sistem muamalah dalam kehidupan manusia.
    • mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera 
    • golongan yang memiliki kelebihan dapat membantu golongan yang lemah serta golongan yang memerlukan bantuan 
    • sistem muamalah yang mengandungi peraturan-peraturan dapat mendorong manusia mendapatkan harta dengan cara yang adil