tasawwur

SPM 2016 : SOALAN 2

(a) Nyatakan empat ciri agama langit yang diturunkan kepada               Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad SAW .
  •  Mempunyai nabi/rasul yang bertugas menyampaikan dan menjelaskan dengan lebih terang dan lebih lanjut tentang wahyu yang diterima
  • Bersuaian dengan fitrah semula jadi kejadian dan kehidupan manusia
  • Nilai ditentukan oleh ALLAH SWT sendiri yang diselaraskan dengan kecerdasan akal manusia
  • Mempunyai kita suci yang diturunkan oleh ALLAH SWT 
SPM2/2008  SPM2/2012 SPM2/2014 SPM2/2016

(b) Nyatakan empat prinsip waqi'iyyah.
  • · Praktikal bukan utopia
  • · Menyelesaikan masalah
  • · Positif dalam pemikiran
  • · Menekankan kesederhanaan
(c) Terangkan dua contoh syumuliyyah dalam bidang bidang perundangan.


  •  Allah SWT mengharamkan arak dan dadah adalah untuk menjaga kesihatan jasmaniah dan  akal
  •  Allah SWT mengharamkan zina dan liwat untuk menjaga keturunan,maruah dan            kehormatan


(d) Antara hak asasi manusia yang terkandung dalam prinsip 'alamiyyah ' ialah memelihara                       kehormatan diri dan maruah diri .
      Terangkan dua cara Islam memelihara kehormatan diri dan maruah diri .


  • Mewajibkan menutup aurat dan menjaga pergaulan serta perhubungan sesama manusia
  • Mengharamkan perbuatan mungkar seperti zina, pergaulan bebas dan liwat


(e) Firman Allah SWT yang bermaksud:




" Sesunguhnya Allah SWT hanya mengharamkan kepada kamu memakan ba ngkai , darah, daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah SWT . Maka sesiapa yang  terpaksa (memakannya kerana dharurat) sedangkan ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar yang dimakan itu) maka tidaklah dia berdosa. Sesunggunya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"


(i)   Apakah konsep pandangan hidup Islam yang menepati maksud ayat di atas?


  • Murunah

(ii)  Berdasarkan jawapan anda di atas, nyatakan tiga contoh lain yang menepati konsep tersebut.


  • Solat secara jamak dan qasar
  • Solat ketika sakit sama ada secara baring, duduk atau isyarat mata
  • Keharusan berbuka puasa bagi orang yang sakit pada bulan Ramadhan dan wajib diqadakan

SPM2016



2/16