tasawwur

JAWAPAN SOALAN TASAWWUR SPM : SOALAN 2/2015

(a)  Jelaskan dua prinsip syumuliyyah.
  • Kesempurnaan hanya milik Allah s.w.t.
  • Semua makhluk yang hidup di dunia ini terikat dengan ruang, masa dan tempat yang tertentu.
  • Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.

(b)  Terangkan dua cara Islam  menyelesaikan masalah rumah tangga menurut prinsip Waqi'iyyah.


  • Talak iaitu merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau mengandungi makna keduanya
  • Fasakh iaitu pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad nikah atau disebabkan masalah yang berlaku dalam rumahtangga.



(c)  (i)   Senaraikan empat contoh murunah yang dapat dilakukan dalam ibadat solat.


  • Solat dengan cara duduk
  • Solat dengan cara baring 
  • Solat Jamak
  • Solat Qasar


      (ii)  Huraikan dua kelebihan sifat murunah dalam ibadat.


  • Dapat melakukan ibadah mengikut kemampuan diri tanpa rasa terbeban
  • Tidak meninggalkan ibadah walaupun ketika sakit atau bermusafir
      (iii) Islam memberikan konsep murunah dalam aspek Ibadat                    kerana mengambil kira suatu   keadaan yang dihadapi oleh              manusia .
            Bincangkan kesan sekiranya tiada konsep murunah dalam                 ajaran Islam.


  • Orang bukan Islam akan takut untuk mendekati Islam kerana menganggap Islam tiada sifat toleransi dan hikmah. Malah orang Islam sendiri rasa terbeban dan enggan mentaati perintah Islam dan semakin jauh dari Islam. Oleh itu, umat Islam perlu mentaati dan melaksanakan perintah Islam kerana Islam agama yang mengambil berat kemampuan penganutnya.
SPM2015 2/15
2/15kemampu2ans