tasawwur

JAWAPAN SOALAN TASAWWUR SPM : 2/2014

(a)  Jelaskan dua ciri agama langit.
  •  Mempunyai nabi/rasul yang bertugas menyampaikan dan menjelaskan dengan lebih terang dan lebih lanjut tentang wahyu yang diterima
  • Bersuaian dengan fitrah semula jadi kejadian dan kehidupan manusia
  • Nilai ditentukan oleh ALLAH SWT sendiri yang diselaraskan dengan kecerdasan akal manusia
  • Mempunyai kita suci yang diturunkan oleh ALLAH SWT 
SPM2/2008 SPM2/2012 SPM2/2014 SPM2/2016

(b)  Terangkan prinsip rabbaniyyah.
  • Islam adalah agama yang diwahyukan Allah bukan ciptaan manusia
  • Islam dan seluruh makhluk merupakan hak kepunyaan Allah
  • Islam bersih daripada sebarang kekurangan, kejahilan dan dorongan hawa nafsu
  • Allah sebagai pemberi peraturan hidup




 Menyelesaikan masalah adalah satu daripada prinsip Waqi'iyyah



(c)  Terangkan dua cara menyelesaikan masalah rumah tangga menurut prinsip Waqi'iyyah.


  • Talak adalah jalan keluar bagi suami isteri yang tidak lagi bersefahaman yang memilih untuk berpisah
  • Islam mengharuskan berpoligami bagi keadaan-keadaan tertentu



(d)  Huraikan dua bukti persamaan taraf manusia  menurut pandangan Islam.
  • Islam tidak membezakan bangsa, keturunan, puak, warna kulit dan sempadan geografi
  • Islam sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja tiada pengkhususan atau pengecualian bagi golongan tertentu seperti raja,pemimpin dan sebagainya






Ahmad bertolak dari rumahnya di Johor Bahru menuju ke Alor Setar , Kedah kerana menziarahi bapanya yang sakit di bulan Ramadhan.

    (e)  Berdasarkan situasi di atas, huraikan dua contoh thabat dan murunah berkaitan::


           (i)  puasa Ahmad


    • Murunah bagi ibadah puasa Ahmad ialah dia diharuskan berbuka puasa kerana ia bermusafir melebihi dua marhalah namun dia tetap perlu menggantikan pada hari yang lain

           (ii) solat bapa Ahmad


    • Murunah bagi solat bapa Ahmad dia boleh melaksanakan solat mengikut kemampuannya iaitu jika tidak mampu berdiri dia boleh duduk, jika tidak boleh duduk dia boleh melakukan secara berbaring. Namibia solat lima waktu tetap perlu dilakukan walau dalam keadaan sakit
    SPM2014 
    2/14