tasawwur

NOTA TASAWWUR ISLAM SPM TINGKATAN 4 : WAQI'IYYAH

Kesederhanaan dalam ibdat ialah tidak meringankan dan tidak sampai membebankan umatnya, contohnya rukhsah dalam solat.

Kesederhanaan dalam aspek kerohanian dan kebendaan ialah seimbang antara tuntutan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Prinsip kesederhanaan dalam waqi’iyyah
·         Praktikal bukan utopia
·         Menyelesaikan masalah
·         Positif dalam pemikiran
·         Menekankan kesederhanaan

Bukti waqi’iyyah dalam muamalat.
·         Mementingkan sifat jujur dan amanah
·         Larangan unsur-unsur penindasan dan kezaliman
·         Menimbulkan kepuasan hati semua pihak.

Bukti waqi’iyyah dalam munakahat.
·         Sesuai dengan fitrah manusia
·         Mampu dilaksanakan dan tidak membebankan
·         Memelihara nasab / keturunan manusia.

Bukti waqi’iyyah dalam hukum jenayah
·         Menjamin keamanan dan keharmonian masyarakat
·         Menegakkan keadilan sejagat
·         Menegakkan yang hak dan menghapuskan kebatilan
·         Mendidik dan memberi pengajaran kepada masyarakat

Aktiviti yang boleh meningkatkan budaya ilmu berdasarkan waqi’iyyah
·         Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup
·         Menghadiri majlis-majlis ilmu
·         Mendampingi para ilmuan dan ulama
·         Memperbanyakkan bahan-bahan ilmiah