Pi55 |
4.4 | Pengurusan Harta Selepas Kematian |
|
- Dalam subtopik ini, anda akan dapat memahami dan merumuskan tentang jenis-jenis pengurusan harta seperti wasiat dan faraid.
|
|
Unit 1 : Wasiat | Maksud Wasiat : Iqrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak | Hukum : Sunat |
|
Dalil Naqli | 1. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 180 : Maksud : Diwajibkan keatas kamu, apabila seorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan ke atas orang yang bertaqwa. | 2. Abdullah Bin Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : (Riwayah Al-Bukhari) Maksud : Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan wasiat yang tertulis disisinya. |
Sumber : online.anyflip.com |
. Galakkan Berwasiat | Jabir Bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : (Riwayah Ibnu Majah) Maksud: Sesiapa yang mati dalam keadaan berwasiat, maka dia telah mati di jalan Allah SWT dan Sunnah (rasulNya), mati dalam keadaan taqwa dan syahid, serta mati dalam keadaan diampuni dosa. |
Sumber : online.anyflip.com |
Cara Pengurusan Wasiat | - Harta yang diwasiat hendaklah dikira sebaik sahaja kematian pewasiat.
- Harta yang diwasiatkan hendaklah tidak melebihi daripada 1/3 daripada keseluruhan harta.
- Dilaksanakan setelah dilangsaikan segala perbelanjaan pengurusan jenazah dan hutang si mati.
|
|
Rukun Wasiat | Syarat Sah Wasiat | Pewasiat | - Berakal, tidak sah wasiat bagi orang gila
- Baligh, tidak sah wasiat bagi kanak-kanak
- Sukarela, tidak sah wasiat bagi orang yang dipaksa
- Merdeka, tidak sah wasiat bagi hamba
| Penerima Wasiat | - Diketahui dengan jelasnya sama ada individu tertentu atau organisasi. Tidak sah wasiat yang umum.
- Masih hidup, tidak sah wasiat kepada orang yang telah mati
- Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan menguruskan harta. Tidak sah wasiat kepada janin dalam kandungan yang belum dilahirkan.
| Harta yang Diwasiatkan | - Harta yang bernilai
- Harta yang boleh berpindah milik
- Harta yang harus dan bukan sesuatu yang haram
| Sighah (Ijab & Qabul) | - Lafaz wasiat boleh digunakan sama ada jelas atau qias.
- Penerimaan wasiat berlaku setelah kematian pewasiat.
|
|
Pembahagian Harta Wasiat | Majoriti ulama berpendapat bagi orang yang meninggalkan anggota waris, qadarnya tidak lebih daripada 1/3 harta berdasarkan hadis : Saad bin Abi Waqas RA meriwayatkan bahawa aku telah berkata kepada Rasulullah SAW : Maksud : Wahai Rasulullah, aku mempunyai harta dan aku tidak mempunyai waris kecuali seorang anak perempuan. Bolehkah aku mewasiatkan 2/3 hartaku? Rasulullah SAW menjawab : "tidak boleh", aku bertanya lagi : "Bagaimana dengan 1/2 daripadanya? Rasulullah SAW menjawab : "tidak boleh", aku bertanya lagi : "Bagaimana dengan 1/3 daripadanya?" Rasulullah SAW. |
Sumber : online.anyflip.com |
Hikmah Pensyari'atan Wasiat | - Mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan walaupun setelah meninggal dunia.
- Menjamin kelangsungan operasi sesebuah organisasi melalui suntingan dana daripada pewasiat.
- Memanfaatkan harta bagi tujuan kebajikan masyarakat melalui wasiat.
- Menjaga kebajikan orang yang hampir dengan si mati seperti anak angkat atau anggota keluarga waris yang tidak layak menerima harta pusaka.
|
|
Unit 2 : Faraid Dalam Islam | Maksud Faraid : Pembahagian harta seorang yang islam yang telah meninggal dunia kepada anggota wwarisnya menurut hukum syarak. | Hukum : Wajib |
|
|
Dalil Naqli | 1. Allah SWT berdirman dalam Surah An-Nisa;. Ayat 7 : Maksud : Orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan saudara mara mereka, dan orang perempuan ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan saudara mara mereka, sama ada sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan. | 2.Abdullah bin Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Maksud : Serahkanlah harta-harta pusaka yang ditetapkan itu kepada para pemiliknya. Apa-apa jua yang masih berbaki, maka serahkanlah bahagian itu kepada waris lelaki yang terdekat. |
Sumber : online.anyflip.com |
Rukun Faraid | Syarat Sah Faraid | Orang yang Mewariskan Harta | - Kematian telah disahkan
- Sekiranya kematian belum disahkan, pembahagian harta tidak dibenarkan
| Waris | - Waris masih hidup
- Mengetahui status hubungan dengan si mati
| Harta Pusaka | - Harta yang dimiliki oleh si mati
- sekiranya harta pusaka tidak dimiliki oleh si mati, pembahagian harta tidak sah.
- Antara waris yang boleh menerima harta pusaka:
- Bapa
- Ibu
- Suami
- Isteri
- Anak lelaki
- Anak perempuan
|
|
Jenis Waris | - Ashabul Furud : Waris yang menerima harta pusaka mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
- 'Asabah : Waris yang menerima harta pusaka selepas dibahagikan kepada Ashabul Furudh
|
|
Jenis 'Asabah | Contoh | 'Asabah Binnafsi Anggota waris yang terdiri daripada kaum lelaki. | - Bapa
- Datuk
- Anak lelaki
- Cucu lelaki dari anak lelaki
- Saudara lelaki kandung
- Saudara lelaki sebapa
- Bapa saudara kandung
- Bapa saudara sebapa
- Anak lelaki bapa saudara kandung
- Anak lelaki bapa saudara sebapa
| 'Asabah Bil Ghairi Waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris lelaki | - Anak perempuan dengan anak lelaki
- Cucu perempuan dengan cucu lelaki
- Saudara kandung perempuan dengan saudara kandung lelaki
- Saudara perempuan sebapa dengan saudara lelaki sebapa
| 'Asabah Ma'al Ghairi Waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris perempuan yang lain. | - Saudara perempuan kandung
- Saudara perempuan sebapa berkongsi dengan anak perempuan atau cucu perempuan
|
|
Waris | Pembahagian Harta Pusaka | Bapa | - 1/6 : Sekiranya mempunyai anak lelaki
- 'Asabah : Sekiranya tiada anak
- 1/6 dan 'Asabah : Sekiranya mempunyai anak perempuan sahaja
| Ibu | - 1/3 : Sekiranya tiada anak atau terdapat hanya seorang saudara lelaki atau perempuan
- 1/6 : Sekiranya mempunyai anak atau terdapat lebih daripada dua orang saudara lelaki atau perempuan
- 1/3 : Daripada baki sekiranya hanya mempunyai ibu, ayah. suami atau isteri.
| Suami | - 1/2 : Sekiranya tiada anak
- 1/4 : Sekiranya mempunyai anak
| Isteri | - 1/4 : Sekiranya tiada anak
- 1/8 : Sekiranya mempunyai anak
| Anak Lelaki | - Seluruh harta sekiranya tiada anak perempuan
- 'Asabah Binnafsi
| Anak Perempuan | - 1/2 : Sekiranya anak tunggal perempuan
- 2/3 : Sekiranya terdapat dua atau lebih anak perempuan
- 'Asabah Bil Ghairi sekiranya mempunyai anak perempuan
|
|
Hikmah Pensyari'atan Faraid | - Mengelakkan berlaku pertelingkahan dalam pembahagian harta yang menjejaskan kebahagiaan dalam keluarga.
- Menjamin kelangsungan hidup waris selepas kematian orang yang mewarisi harta.
- Menegakkan keadilan bagi pihak waris supaya tidak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
- Mengekalkan kasih sayang dalam kalangan anggota keluarga.
|
|
|
|
- Dalam subtopik ini, anda akan dapat merumuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah dalam islam dengan tepat derta memahami dengan betul jenis-jenis hukuman jenayah dalam islam.
|
|
Jenayah Dalam Islam | Maksud : Kesalaha-kesalahan yang dinyatakan hukumannya dalam Al-Quran, As-Sunnah dan sebahagian daripada mahkamah. | Hukum Melaksanakan Hukuman Jenayah Dalam Islam : Wajib |
|
Dalil Naqli | 1. Allah SWT berfirman dalam Suruh Al-Baqarah, Ayat 178 : Maksud : Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh, iaitu : orang yang merdeka dengan orang yang merdeka, hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. | 2. Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatlkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : (رواية مسلم)Maksud : Tidak halal darah (nyawa) seseorang muslim yang mengucap bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan bahawa aku Raulullah SAW melainkan satu daripada tiga, iaitu orang yang sudah berkahwin melakukan zina, membunuh haiwan dan orang yang meninggalkan agama, keluar daripada jemaah islam. |
Sumber : online.anyflip.com |
Hukuman Kesalahan Jenayah | - Hudud
- Qisas
- Takzir
|
|
1. Hudud | Maksud : Hukuman keseksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuknya dalam Al-Quran dan As-Sunnah. | Hukum : Wajib | Jenis Kesalahan & Hukuman : - Minum arak
- Meminum sebarang bahan yang memabukkan sama ada dinamakan arak atau tidak, banyak atau sedikit
- Hukuman : Sebat 40 kali
2. Mencuri - Mengambil harta orang lain secara tersembunyi (tanpa kerelaan) dengan tujuan memilikinya
- Hukuman : Potong tangan & pulangkan barang yang dicuri
3. Qazaf - Tuduhan zina atau penafian nasab terhadap orang yang baik akhlaknya
- Hukuman : Sebat 80 kali & tidak diterima sebagai saksi
4. Zina - Melakukan persetubuhan yang haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan
- Hukuman :
- Penzina Bukan Muhsan (Belum Kahwin) : Sebat 100 kali dan buang daerah selama setahun
- Penzina Muhsan (Sudah Kahwin) : Rejam dengan batu sampai mati.
5. Merompak - Melakukan serangan dengan menggunakan kekerasan untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan orang awam secara terbuka.
|
|
Kategori Menggunakan Kekerasan dengan Niat Mengambil Harta | Hukuman | Berlaku rampasan harta dan berlaku pembunuhan | Dibunuh kemudian dipalang | Tidak berlaku rampasan harta tetapi berlaku pembunuhan | Dibunuh | Berlaku rampsan harta tetapi tidak berlaku pembunuhan | Dipotong tangan dan kaki secara bersilang | Tidak berlaku rampasan harta dan tidak berlaku pembunuhan | Tidak berlaku rampasan harta dan tidak berlaku pembunuhan |
|
2. Qisas | Maksud : Hukuman keseksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuk hukumannya secara balasan yang sama seperti dalam Al-Quran dan As-Sunnah. | Hukum : Wajib jika mangsa atau waris mangsa mahukan balasan yang sama. Namun demikian, Mangsa atau waris mangsa boleh menggantikan balasan tersebutndengan diat atau memaafkannya. | Diyat (pampasan) : jumlah bayaran berdasarkan persetujuan bersama atau ditetapkan oleh mahkamah | Jenis Kesalahan & Hukuman : 1. Pembunuhan - Serangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
- Hukuman :
- Mati
- Diyat jika ada pengampunan daripada waris mangsa
2. Perbuatan yang Membawa Kepada Kecederaan - Perbuatan yang mendatangkan kecederaan
- Hukuman :
- Balasan yang sama
- Diyat jika ada pengampunan daripada mangsa atau waris mangsa.
|
|
3. Takrir | Maksud : Hukuman keseksaan yang tidal ditetapkan jenis dan bentuk dalam Al-Quran dan As-Sunnah, sebaliknya diputuskan oleh mahkamah. | Hukum : Hakim harus menjatuhkan hukuman berdasarkan ijtihad dan maslahat rakyat dan negara bagi kesalahan yang tiada peruntukan. |
|
Hikmah Hukuman Jenayah Dalam Islam | - Menegakkan keadilan dalam kalangan manusia agar dapat hidup dengan sejahtera.
- Mendidik dan menghukum bagi sebarang kesalahan dan maksiat yang dilakukan supaya mendapat keampunan daripada Allah SWT.
- Menjamin keselamatan, kestabilan dan kedamaian bagi masyarakat dan negara.
- Merancakkan pertumbuhan ekonomi tanpa bimbang kepada sebarang rampasan dan kecurian.
|
|