tasawwur

PERCUBAAN PAHANG 2017 : SOALAN 1


1. a. i. Berikan pengertian mukjizat (2 markah)

  • Perkara luar biasa yang dianugerahkan Allah SWT kepada Nabi / Rasul (1m) bagi membuktikan kebenaran kenabian / kerasulan mereka (1m).
       ii. Nyatakan empat perkara luar biasa yang berlaku kepada                        manusia selain daripada mukjizat. (4 markah)

  • Sihir 
  • Irhas 
  • Istidraj. 
  • Maunah 
  • Karamah.


    b. i. Jelaskan dua peranan rasul. (4 markah)


  • Menyeru manusia mentauhid / menyembah Allah SWT (1m) dengan tidak menyekutukanNya (1m). 
  • Mengajar / menerangkan kepada manusia tentang perkara ghaib (1m) seperti syurga / neraka dll (1m). 
  • Menyampaikan berita gembira (1m) seperti nikmat syurga (1m). 
  • Memberikan peringatan tentang balasan Allah SWT (1m) seperti azab neraka (1m). 
  • Mengajar manusia tentang cara beribadat yang betul (1m) seperti cara solat (1m). 
       ii. Nyatakan dua perbezaan antara nabi dan rasul. (4 markah)

 Nabi
 Rasul
 Diberikan wahyu untuk dirinya sahaja.
 Diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain.
 Nabi tidak semestinya Rasul.
 Rasul semestinya nabi
 Bilangan nabi adalah ramai / 124 000 orang.
 Bilangan rasul 313 orang.
 Tidak wajib mengetahui bilangan nabi.
 Wajib ketahui 25 nama rasul.




   

   c. i.   Berikan contoh ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah                   yang terdapat di dalam peta di atas. (2 markah)

  • Fardhu Ain :Kemahiran al-Quran / Ulum al-Quran 
  • Fardhu Kifayah : Bahasa Arab / Jawi 
       ii. Mengapakah terdapat segelintir ibu bapa yang memandang                    remeh tentang kepentingan ilmu agama dalam                                    pendidikan       anak-anak. (4 markah)
  • Merasakan ilmu agama tidak mempunyai prospek masa depan (1m) dalam pasaran kerja (2m) yang akan menyebabkan anak mereka nanti akan menganggur (3m). Oleh itu, mereka lebih suka anak-anak mereka menguasai bidang ilmu yang lain (4m). 
phg/s1 phg/ss
CBCB