tasawwur

PERCUBAAN PAHANG 2017 : SOALAN 7


7. a. i. Terangkan dua kepentingan perkahwinan terhadap individu                   muslim. (4 markah)

  • Memberi ketenangan (1m) dalam hidup (1m). 
  • Melahirkan zuriat yang sah (1m) mengikut syariat (1m). 
  • Menjamin keluhuran peribadi (1m) yang tinggi (1m). 
  • Dapat melaksanakan tuntutan agama (1m) melalui perkahwinan (1m). 
  • Membentuk sikap bertanggungjawab (1m) kepada suami atau isteri (1m).


       ii. Nyatakan dua cara untuk mengekalkan kerukunan                                  rumahtangga. (4 markah)         

  • Disiplin merupakan asas jati diri ummah   
  • Melaksanakan tanggungjawab masing-masing. 
  • Berusaha mengukuhkan ekonomi rumah tangga
  • Sentiasa menjaga amanah dalam rumah tangga. 
  • Sentiasa tegur-menegur / nasihat-menasihati. 

    b. Berikan empat langkah penyelesaian masalah yang dianjurkan             oleh Islam. (4 markah) 

  • Mengenal pasti masalah. 
  • Mengenal pasti punca masalah. 
  • Mengenal pasti kaedah / strategi. 
  • Menguji / mengaplikasi kaedah penyelesaian masalah. 
  • Melakukan penilaian semula. 
c. i. 
       Mutakhir ini dunia semakin maju dengan perkembangan                        teknologi. Pada pandangan anda, bagaimanakah                                penyalahgunaan teknologi maklumat boleh membawa                         kepada perkembangan pengaruh luar yang merosakkan.               (  4 markah) 

  • Melayari / memuat turun / memuat naik bahan-bahan hiburan melampau / tidak berfaedah (1m) yang bercanggah dengan Islam (2m) seperti laman web pornografi / konsert liar dll (3m). Kesimpulannya teknologi maklumat perlu diguna dengan betul agar dapat mengekang kemasukan perkara yang merosakkan (4m)


.
   ii. Terangkan dua cara penggunaan teknologi maklumat yang                     selari dengan kehendak Islam
  • Membuat rujukan tentang sesuatu bidang ilmu (1m) seperti sejarah / geografi dll (1m). 
  • Melayari laman sesawang yang berunsur Islam (1m) untuk menambah ilmu agama (1m). 
  • Mendengar ceramah agama (1m) melalui youtube (1m). 
phg/s7 phg/ss
CBCB