tasawwur

SOALAN 7 2016



7/2016
a) Jelaskan tiga kesan ibadat tanpa berpandukan syariat

  • Merosakkan ibadah. Ibadah hanya diterima apabila ia menepati syariat dan dilakukan denga sempurna
  • Merosakkan iman kerana orang yang melakukan ibadah tanpa syariat telah mempermainkan ibadah yang ditetapkan oleh Allah SWT
  • Tidak mendapat keredhaan Allah SWT kerana Allah SWT hanya meredhai hambanya yang melakukan ibadah dengan sempurna dan menepati syariat
b) Jadual berikut berkaitan statistik perkahwinan dan penceraian 

Tahun
Bilangan Perkahwinan
Bilangan kes penceraian
Peratus penceraian
2004
112,262
16,505
14.70%
2005
113,132
17,749
15.68%
2006
114,812
19,463
16.95%

Huraikan dua pandangan anda tentang tentang punca kes penceraian tersebut.

  • Tidak mengamalakan perintah agama dan melakukan maksiat yang mengakibatkan rumah tangga jauh dari rahmat Allah SWT
  • Mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga sehingga isteri dan anak-anak hidup terbiar dan menderita
c) Nyatakan empat bentuk jaminan keselamatan yang diberikan Islam kepada umatnya

  • Menjaga nyawa
  • Menjaga keturunan
  • Menjaga harta
  • Menjaga akal

d) Terangkan tiga cara Islam mengukuhkan ekonomi umatnya melalui akhlak

  • Islam mengkategorikan bidang pekerjaan sebagai suatu ibadah yang diberi pahala supaya umat Islam rajin bekerja untuk meningkatkan ekonomi umat Islam
  • Islam menyuruh umatnya bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar dapat menghasilkan produk yang berkualiti
  • Berhemat dalam berbelanja supaya kos barangan dapat dikurangkan dan boleh berdaya saing dalam pasaran.
SPM2016 7/16