a) Jelaskan dua cara mencapai matlamat perundangan islam.
- Berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT
- Bertindak mengikut syariat Allah SWT
- Mengamalkan cara hidup Islam
- Mencintai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat
- Melaksanakan perundangan Islam
- Berfikir tentang kebenaran Islam
b) i. Nyatakan pengertian hukum .
a. wajib
- Hukum wajib ialah perintah Allah yang mesti dilaksanakan. Jika dilaksanakan mendapat jika pahala dan ditinggalkan akan mendapat dosa.
b. haram
- Hukum haram ialah larangan Allah s.w.t. yang mesti ditinggalkan jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika dilakukan mendapat dosa dan dikenakan azab
a. harus
- memakai pakaian yang digemari tanpa melanggar hukum syarak
- Mengamalkan adat sesuatu kaum yang tidak bertentangan dengan Islam
b. makruh
- melewat-lewatkan berbuka puasa
- Membasuh anggota wuduk lebih tiga kali
c) Amalan bersedekah adalah satu daripada ibadat yang manusia mencari harta tanpa mengabaikan nasib golongan yang tidak bernasib baik
Terangkan dua contoh ibadat yang lain yang mampu mendidik manusia mencapai tujuan di atas
- Zakat iaitu mengeluarkan harta tertentu dengan kadar dan syarat tertentu kepada golongan tertentu
- Hadiah iaitu memberi sesuatu sebagai penghargaan dan kasih sayang kepada seseorang
d) i.Nyatakan pengertian perkahwinan mengikut syarak
- Pengertian perkahwinan mengikut syarak ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk hidup sebagai suami isteri secara halal
ii.Terangkan tujuan perkawihnan dalam islam.
- Dapat menjamin keturunan manusia dan memuliakan manusia dengan menjauhi perbuatan zina yang boleh merosakkan
5/2014