tasawwur

SOALAN TASAWWUR ISLAM SPM : SOALAN 1 / 2016

a) Nyatakan pengertian maksum

Jawapan
  • Para nabi dan rasul terpelihara daripada melakukan sebarang dosa kecil atau dosa besar serta perkara-perkara yang boleh mencacatkan kemuliaan baginda sebagai utusan pilihan Allah SWT 
b) Terangkan dua keistimewaan insan berbanding makhluk Allah SWT yang lain.

Jawapan
  • Dikurniakan akal untuk berfikir bagi membezakan antara yang hak dan yang batil 
  • Allah SWT rasul dari kalangan manusia untuk menyampaikan risalah-Nya
  • Mempunyai fizikal yang sempurna dan menarik
  • Berbudaya dan bertamadun yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup
  • Diturunkan kitab suci Al-Quran dan hadis sebagai panduan untuk hidup . 
  • Setiap amalan manusia diberikan ganjaran, sam ada ganjaran baik (pahala) atau buruk ( dosa) 
  • Dilantik sebagai khalifah Allah SWT untuk mentadbir dan memakmurkan dimuka bumi 
  • Diberikan naluri untuk mencipta dan mendapatkan sesuatu. 
t4/ms21
c) Nyatakan dua ciri kebenaran Islam.

Jawapan 
  • Islam ialah agama yang lengkap dan menyeluruh dalam semua aspek kehidupan
  • Agama Islam amat mengutamakan akidah tauhid iaitu menyembah Allah SWT yang Maha Esa
t4/ms 53 ccki 
d) Terangkan dua hikmah penurunan al-Quran secara berperingkat-peringkat.

Jawapan 


  • Menjawab pertanyaan -pertanyaan yang dikemukan oleh orang Arab ketika itu merangkumi segala aspek kehidupan manusia.
  • Mememudahkan para sahabat menghafalkan ayat-ayat tersebut dan meyalinnya.
  • Membezakan antara kitab al-Quran dan kitab-kitab lain.
  • Menambahkan keyakinan bahawa kitab al-Quran bukan rekaan manusia.
  • Memudahkan manusia untuk menghafal, memahami dan dan melaksananakan kandungan al-Quran.



e) Huraikan dua bentuk pemikiran yang menepati syariat Islam.

Jawapan


  • Pemikiran yang yang bersumberkan al-Quran dan Hadis agar tidak terpengaruh dengan hawa nafsu 
  • Pemikiran yang mendatang kesan positif untuk kemajuan umat Islam dan keamanan sejagat 

Kedatangan artis luar negara secara individu atau secara berkumpulan memberi lebih kesan negatif kepada akhlak remaja masa kini. Mereka membawa bersama budaya negatif yang bertentangan dengan agama dan budaya masyarakat Malaysia

f) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang akan terjadi sekiranya budaya negatif ini tidak dibendung dengan segera oleh pihak berkenaan.
Jelaskan dua pandangan anda

Jawapan


  • Membantutkan usaha melahirkan modal insan yang berkualiti kerana terlibat dengan budaya negatif 
  • Umat Islam akan rosak akidah dan akhlaknya kerana mengabaikan tuntutan agama islam 


SPM2016 1/16