a.i. Nyatakan pengertian insan.
Jawapan
Makhluk Allah yang paling istimewa kerana mereka diberikan akal serta boleh berfikir, berkehendak dan menerima dan mengembangkan ilmu pengetahuan.Keadaan inialh yang membezakan antara manusia dan haiwan.
a.ii. Jelaskan dua keistimewaan insan.
Jawapan
- Diberikan akal untuk berfikir dan membezakan antara yang benar dan salah
- Diturunkan dan hadis sebagai panduan untuk hidup .
- Dilantik sebagai khalifah Allah SWT di mukabumi
b. Nyatakan dua cara bersyukur dengan penurunan wahyu al-Quran.
Jawapan
- Mengamalkan segala ajaran wahyu dalam kehidupan.
- Mendalami dan mengkaji ajaran wahyu.
- Menjaga kesucian wahyu
c. Terangkan dua keistimewaan agama Islam.
Jawapan
- Ajaran Islam datang dari Allah SWT
- Ajaran Islam lengkap dan memberi rahmat kepada seluruh alam
- Ajaran Islam mudah diamalkan dan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia
- Ajaran Islam kekal hingga hari kiamat
d. Jelaskan dua kepentingan hadis terhadap al-Quran.
Jawapan
- Menghuraikan nas-nas al-Quran yang mujmal.
- Membataskan hukum al-Quran yang mutlak.
- Mentakhsiskan maksud ayat-ayat yang umum.
- Menerangkan hukum yang tidak tidak dinyatakan dalam al-Quran.