a.i) Nyatakan pengertian harta menurut Islam.
- suatu perkara yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada manusia melalui cara usaha dan ikhtiar yang diredai Allah S.W.T. Contohnya tanah, wang, kereta dan sebagainya
ii) Senaraikan dua contoh
harta yang tidak boleh alih.
- tanah
- rumah
- bangunan
b. Terangkan dua sebab Allah SWT mengamanahkan harta
kepada manusia.
- Supaya manusia menguruskan sumber harta dengan sebaik-baiknya, seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
- Supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari harta
- Supaya manusia tidak terlalu sombong dengan harta yang dimilikinya
- Supaya manusia tidak menggunakan harta yang di miliki secara membazir
- untuk membantu sesama manusia yang memerlukan pertolongan
c. Nyatakan dua tujuan Allah SWT membataskan hak milik
harta kepada manusia.
- untuk mengelakkan manusia daripada menjadi seorang yang tamak ,sombong, dan angkuh dengan kelebihan harta yang dimiliki
- menanam sikap bersyukur terhadap rezeki yang diperolehi contohnya menderma untuk pembinaan hospital
- menyedarkan manusia bahawa terdapat hak orang lain di dalam harta yang mereka miliki se[erti hak orang miskin
t5/ms25
d. Nyatakan syarat sah
muamalah secara am menurut Islam.
- Persetujuan antara kedua belah pihak yang menjalankan transaksi ijab dan kabul
- Pihak yang melakukan transaksi muamalah mestilah waras dan sempurna akal pdsm
- Transaksi yang dilakukan mestilah bersih daripada unsur-unsur penipuan
- Barangan yang diperniagakan mestilah milik sah penjual.
t5/ms45
e. Merujuk
kepada petikan akhbar di atas, masyarakat muslim terdedah
dengan pelbagai isu muamalah khususnya
jual beli sehingga
menimbulkan perselisihan faham dan
pergaduhan.Pada pendapat anda,
sejauh manakah umat Islam telah didedahkan
dengan ilmu muamalat
Islam seperti jual beli, sewa, gadaian dan
sebagainya
- Umat Islam hanya mendapat maklumat dan pendedahan asas tentang muamalah Islam(1m) seperti asas dalam urusan jual beli dan pinjaman (1m) Walau bagaimanapun dalam urusan seharian mereka lebih terikut dengan emosi dan nafsu sehinggan mengabaikan batasan hukum syarak (1m). Sehubungan itu, pendedahan tentang muamalah Islam perlu lebih kerap diadakan melalui media cetak dan elektronik