tasawwur

2020 MODUL TASAWWUR ISLAM (JUMAAT:27/11/2020-8.00-9.30)

2020 percubaan Kelantan 

a. Dua ciri negara Islam ialah :

  • Negara yang berlandaskan al-Quran dan al-Hadis 
  • Negara yang melaksanakan amar makruf 
  • Negara yang melaksanakan nahi mungkar 
  • Negara yang mewujudkan keamanan dan kesejahteraan kepada rakyatnya dalam negara 
  • Negara yang menjamin kebebasan hak asasi manusia


a. ii. Dua matlamat perundangan Islam dalam merealisasikan keadilan :

  • Perundangan Islam mendorong manusia berpegang teguh kepada ajaran Islam dengan meninggalkan semua larangan Allah SWT
  • Perundangan Islam sentiasa menegakkan keadilan dan kebenaran dalam semua perkarat tanpamengira warna kulit dan kedudukan seseorang
  • Pelaksanaan perundangan Islam dapat menghindarkan masyarakat daripada melakukan jenayah.
b.


c.i. Maksud tawakal ialah :
Berserah kepada ketentuan Allah SWT setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. 

c.ii. Dua kelebihan sifat tawakal kepada pembentukan akhlak remaja
  • Menambahkan keimanan dan keyakinan  kepada Allah SWT
  • Menjadikan seseorang rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh.
  • Sebagai motivasi untuk memajukan diri.
  • Menjadikan Allah SWT sebagai tempat memohon pertolongan.
d. Dua ciri sistem sosial Islam.
Bersifat rabani  iaitu dicipta oleh Allah SWT
  • Perhubungan sesama manusia adalah berdasarkan atas dasar takwa  keimanan kepada Allah SWT. 
  • Pergaulan sesama manusia adalah mengikut lunas-lunas Islam agar hidup lebih harmoni
  • Sentiasa mengamalkan akhlak yang mulia  dalam pergaulan.
  • Sentiasa mengutamakan kepentingan umum  daripada kepentingan individu.
2020 percubaan Melaka

a.i.  Maksud Piagam Madinah:

 - Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama oleh  golongan yang terdiri daripada orang Islam dan yahudi  yang menjadi warganegara Madinah dibawah pimpinan Rasulullah SAW


a. ii. Dua sebab Piagam Madinah dibentuk:

 - Membentuk sebuah negara yang aman dan mengatur kesatuan politik penduduk Madinah 

 - Melindungi hak dan kepentingan seseorang individu dan masyarakat setempat 

 - Menjamin keselamatan diri, harta dan kehormatan manusia

 - Menyatupadukan semua kaum yang berada di Madinah

 - Menjamin kebebasan melakukan ajaran agama dan kepercayaan masing-masing 

b.i. Dua ciri yang perlu ada pada seorang khalifah:

 - Memiliki keadaan fizikal yang sihat dan sempurna 

 - Cekap membuat keputusan

 - Dapat mengawal emosi dan rasional

 - Adil dalam pentadbirannya 


b.ii.  Dua implikasi pengabaian tugas seorang khalifah:

 - Mengakibatkan berlaku kezaliman dalam pemerintahan  seperti penindasan dan penyelewengan 

 - Tercetusnya perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat akibat daripada penindasan dan penyelewengan 

 - Terjadi pemberontakan dan rusuhan kerana berlaku ketidakadilan 


c.  Hendaklah insaf dan bertaubat supaya tidak mengulang perbuatan tersebut . Kita hendaklah menjauhi daripada arak yang merosakkan kewarasan akal  . Oleh itu kita perlu  menangani gejala ini agar masyarakat akan hidup aman harmoni 


d. Dua aktiviti yang sesuai dengan ajaran Islam untuk mewujudkan perpaduan di sekolah: 

 - Mengadakan gotong-royong menceriakan kawasan sekolah 

 - Mengadakan ceramah dan program agama  mengenai hubungan manusia  sesama manusia

 - Mengadakan Hari Keluarga agar hubungan lebih erat

 - Mengadakan jamuan sempena perpisahan atau hari-hari perayaan tertentu 

 - Mengadakan acara sukan seperti sukan tahunan 

SOALAN TAMBAHAN

 Aspek yang terkandung dalam perlembagaan Madinah.

  • Perpaduan
  • Pengiktirafan identiti kaum
  • Jaminan sosial
  • Kebebasan mengamalkan ajaran agama
  • Kuat kuasa ungdang-undang

Kedudukan Rasulullah SAW dalam kepimpinan nagara Madinah.

  • Sebagai ketua negara Islam yang pertama di Madinah
  • Tempat rujukan jika berlaku pertelingkahan antara kaum
spm 2014 / 2017



Elemen-elemen penting dalam pembentukan Negara Islam iaitu

spm 2010
  • Badan kehakiman
  • Majlis syura
  • Pentadbiran dan penguatkuasaan
  • Wilayah
  • Ketua negara
  • Rakyat
  • Undang-undang

Peranan Rasulullah SAW sebagai pemimpin berdasakan perlembagaan  Madinah (Piagam Madinah) iaitu  (spm 2008)
  • Ketua negara mempunyai kuasa mutlak dalam pengurusan pemerintahan negara
  • Hakim tertinggi yang menguatkuasakan undang-undang islam dan juga undang-undang agama lain
Prinsip kehakiman Islam iaitu (spm 2009)
  • Mengamalkan akhlak mulia yang menjaga hubungan sesama manusia dan makhluk lain
  • Menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman dalam masyarakat
  • Bersifat Rabbani, iaitu bersumberkan ah-Quran dan Hadis


Akibat mengabaikan tanggungjawab sosial. ( spm 2013)
  • Gejala sosial, maksiat dan jenayah akan menggugatkan ketenteraman awam
  • Penyelewengan tanggungjawab dan amanah akan berleluasa seperti rahsuah dan pecah amanah
  • Perbalahan perpecahan keluarga akan berlaku
  • Sumber alam tidak akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat


Prinsip negara Islam iaitu
  • Al- Adalah
  • Al- Hurriyyah
  • Al- Musawah
  • Al- Hurriyyah
Nilai-nilai luhur untuk mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, hidup dalam kesejahteraan dan keharmonian, iaitu
  • Ukhuwwah Islamiah
  • Kasih-sayang
  • Hormat-menghormati