tasawwur

2020 jawapan soalan 5

 Set 1- soalan 5



(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan ijtihad?
  • Satu usaha yang dilaksanakan secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis

(ii) Jelaskan dua keperluan ijtihad kepada umat Islam.
  •  Menyelesaikan setiap masalah yang timbul  dengan sempurna 
  • Mengelakkan pertikaian   dalam menyelesaikan masalah.
  • Menggalakkan umat Islam berfikir   untuk mencari hukum yang baru 
  • Menambahkan keimanan dan ketaqwaan  kepada Allah SWT

(b) (i) Berikan dua contoh perkara haram
  • minum arak
  • Berzina
  • berjudi

(ii) Huraikan dua implikasi pelanggaran hukum haram.
  • Mendapat kemurkaan Allah SWT   iaitu seksaan di neraka 
  • Mendatangkan permasalahan atau kerosakan   dalam masyarakat. 
  • Kehidupan seseorang tidak akan tenang  kerana langgar perintah Allah SWT

(c)“ Ahmad minum segelas arak semasa menghadiri parti sosial tetapi tidak mabuk.”

(i)Adakah anda bersetuju dengan perbuatan Ahmad. Nyatakan tiga alasan.

Saya tidak bersetuju kerana
  • Minum arak dosa besar walau tidak mabuk.
  • Perbuatan itu dilaknat oleh Allah SWT.
  • Menyebabkan akan berlaku maksiat yang lebih besar seperti zina

(ii) Terangkan dua cara perundangan Islam memelihara akal manusia.
  • Islam mengharamkan minum arak kerana membawa kepada ketidakwarasan akal
  • Islam mengenakan hukuman hudud kepada pesalah minum arak sebanyak 40 kali sebatan

Set 2 - soalan 5



(a) (i) Terangkan pengertian hukum makhruh beserta dua contoh.
  • Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan. Jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika dilakukan tidak mendatangkan dosa 
Contoh : 
         - Membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali  
          - Berpakaian dan anggota badan berbau busuk ketika menunaikan solat 

(ii) Huraikan dua implikasi pelanggaran hukum makruh.
  •  Tidak akan disenangi  oleh masyarakat 
  • Tidak mendapat pahala   kerana melakukan perkara sia-sia 
  • Menyebabkan seseorang itu melakukan pembaziran  seperti menggunakan air secara berlebihan semasa berwuduk

(b) Nyatakan empat keunggulan perundangan Islam.
  • Ciptaan Allah SWT
  • Lengkap dan sesuai. 
  • Hukuman yang adil  
  • Kekal hingga ke akhirat Mendidik jiwa manusia
  •  Memelihara keselamatan masyarakat dan negara
(c) Terangkan dua keperluan fikah dalam kehidupan manusia.
  • Menentukan hukum Allah SWT sesuai dilaksanakan pada setiap masa ,  tempat  dan keadaan
  • Memastikan umat Islam dapat mematuhi peraturanperaturan  yang terkandung dalam hukum agama. 
  •  Memudahkan umat Islam untuk melaksanakan ibadatkepada Allah SWT


(ii) Berikan pandangan anda terhadap perkara berkenaan berserta tiga alasanSetiap pasangan mestilah bertanggungjawab antara satu sama lain.
  • Mewujudkan hubungan silaturahim di kalangan setiap pasangan. 
  • Sentiasa tegur-menegur / nasihat menasihati antara satu sama lain. 
  • Menjauhi perkara mungkar Sentiasa menjaga amanah dalam kehidupan rumah tangga


  • Tidak perlu cerita kepada abang  kerana berbincang secara berhemah dengan suami  adalah lebih baik. Suami isteri  hendaklah merujuk kepada al-Quran dan hadis sekiranya berlaku pertelingkahan sesama mereka untuk menangani masalah ini . Kesimpulannya masalah rumah tangga tidak perlu diketahui umum dan hendaklah ditangani dengan baik.

Set 3 - soalan 5

5
(a) (i) Nyatakan dua hikmah penetapan hukum sunat.
  • Menghapuskan dosa-dosa kecil, 
  • Mengeratkan silaturrahim sesama manusia.
  • Mendorong umat Islam melakukan kebaikan.
  • Mendorong umat Islam sentiasa melakukan kebaikan kepada Allah SWT. 
  • Memberikan peluang kepada umat Islam untuk menambah pahala ibadat

(ii) Jelaskan dua perbezaan di antara hukum sunat dan makruh 

sunat 

makruh 

 Perkara yang digalakkan untuk dilakukan.

Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan. 


Melakukan mendapat pahala. 

 Meninggalkan mendapat pahala




(iii) Senaraikan empat contoh amalan sunat
  • Bersedekah
  • Memberi salam
  • Membaca al-Quran
  • Solat sunat (solat sahaja tidak diterima)
  • Puasa sunat (puasa sahaja tidak diterima)


(b) Terangkan dua bentuk muamalah yang dilarang dalam Islam.
  • Mengandungi unsur penipuan seperti manipulasi 
  • Muamalat yang mengandungi unsur perjudian seperti nombor ekor 
  • Muamalat yang mengandungi unsur penindasan seperti riba dan manipulasi .
  • Muamalat yang mengandungi unsur barangan yang najis seperti arak 

(c) Pada pandangan anda, apakah cara yang patut dilakukan untuk menyedarkan umat 
Islam supaya membayar zakat pendapatan.
  • Mengwujudkan kaunter bergerak agar orang yang tinggal di pendalaman  dapat membayar zakat dengan perkhidmatan ini. Usaha yang seumpama ini dapat menggalakkan umat Islam yang sedar akan kewajipan mereka. Oleh itu pihak yang berkaitan hendaklah memperluaskan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.