tasawwur

SKIMA PERCUBAAN 2019

1

(i)
Nyatakan pengertian Rasul.
Ialah manusia lelaki yang dipilh oleh Allah SWT dari kalangan para nabi,
diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada umatnya.. 2m

(ii) Huraikan dua keistimewaan Rasul yang tidak ada pada manusia biasa. 4m

  • ¨ Dikurniakan wahyu (1m) iaitu ilham / bimbingan dari Allah SWT (1m).
  • ¨ Mempunyai mukjizat (1m) iaitu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi membuktilan kebenaran kenabian / kerasulan (1m).
  • ¨ Bersifat maksum (1m) iaitu terpelihara dari kesalahan / dosa / maksiat (1m).
(b) Jelaskan dua perbezaan antara mukjizat dan karamah. 4m
Bil
Mukjizat
Karamah
1.
Berlaku kepada para nabi dan rasul.
Berlaku kepada orang yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.
2.
Bagi membuktikan kenabian / kerasulan / menewaskan musuh Allah SWT.
Sebagai kemuliaan dari Allah SWT.



(c) (i) Berikan dua contoh alam ghaib 2m
¨       Jin.
¨       Dosa.

¨       Syurga.
¨       Neraka.
¨       Pahala.




(ii) Terangkan dua hikmah Allah SWT merahsiakan alam ghaib dari pengetahuan manusia. 4m

  • Menunjukkan kekuasaan Allah SWT.
  • Menguji keimanan manusia kepada perkara ghaib
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan manusia
  • Menilai sejauh mana ketaatan manusia kepada perintah Allah SWT.
  • Mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.


(iii) Terangkan punca berlakunya masalah di atas. 4m

  • jahil
  • kemewahan
  • t tj pentingkan diri
  • tidak bersyukur

soalan dua


(i) Jelaskan dua prinsip Rabbaniyyah.
  • Islam adalah agama yang diwahyukan Allah
  • Islam dan seluruh makhluk merupakan hak Allah
  • Allah sebagai pemberi peraturan hidup
  • Islam bersih daripada sebarang kekurangan

(ii) Terangkan dua cara untuk menghayati sifat Rabbaniyyah.
  • Mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah
  • Berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meningkatkan syiar Islam
  • Berakhlak dengan akhlak mulia dan terpuji
  • Beriman dan yakin dengan segala rukun iman
(iii) Huraikan dua ciri wahyu.
  • Datangnya daripada Allah SWT
  • Kebenarannya mutlak
  • Hanya diturunkan kepada nabi dan rasul sahaja
  • Disampaikan samada melalui mimpi yang benar, di sebalik tabir atau melalui
  • perantaraan Malaikat Jibril
  • Kandungannya merupakan ajaran yang benar dan sesuai diamalkan di sepanjang zaman.
  • Terpelihara kandungan dan kesuciannya sehingga ke hari kiamat.
  • Telah terhenti penurunannya

(i) Nyatakan dua cara menjaga kewarasan akal

  • Menjauhkan diri daripada meminum atau memakan benda-benda yang memabukkan seperti arak, pil khayal, dadah dan sebagainya
  • Menjauhkan diri daripada ajaran sesat
  • Sentiasa berusaha memupuk perkembangan akal dengan cara membaca, menyelidik,  berfikir dan sebagainya
  • Sentiasa berfikiran positif yang dapat membina tamadun manusia
(ii) Berikan dua cara akal membuktikan kebesaran Allah SWT.
  • Memikir dan mengkaji segala ciptaan Allah SWT
  • Menyakini bahawa segala kejadian di dunia ini adalah bukti kekuasaan Allah SWT
  • Meneroka segala khazanah ilmu pengetahuan bagi mengakui hakikat kekuasaan
  • Allah SWT
  • Menerima dan mengakui keajaiban alam ini merupakan hasil ciptaan Allah SWT
d. Anda adalah pengerusi sebuah persatuan pelajar di sekolah anda. Sebahagian ahli jawatankuasa yang dilantik tidak menyempurnakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Bagaimanakah anda menangani perkara berkenaan.
  • Memberi nasihat dan amaran supaya mereka sedar akan kesalahan yang mereka lakukan. Nasihat  dan amaran tersebut bertujuan memastikan mereka melaksanakan tugas dengan sempurna. Harapan saya, langkah-langkah ini akan memberi  kesan yang baik kepada ahli jawatan kuasa yang dilantik.
edited daripada jawapan pelajar


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
soalan 3


(a) (i) Senaraikan empat sumber kehakiman dalam Islam. (4 markah)




a  (ii) Terangkan dua prinsip kehakiman Islam selain Rabbani. (4 markah)

  • Bersifat Rabani. Bersumberkan wahyu Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW dalam menentukan sebarang keputusan dan hukuman yang akan dijatuhkan keatas pesalah.
  • Menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman untuk menjamin kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat
  • Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan melalui perlaksanakan hukuman yang bersifat pencegahan dan pengajaran .
  • Mengamalkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan yang baik sesama manusia dan mahkluk Allah SWT yang lain.

Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.

(Maksud Surah al-Baqarah : Ayat 286)


b) (i) Jelaskan dua hujah untuk menolak dakwaan Islam ajaran yang membebankan. (4 markah)
  • Islam membenarkan solat secara jamak dan qasar jika umatnya musafir
  • Islam mengharuskan makanan yang haram jika umatnya berkeadaan darurat

b (ii) Terangkan dua perkara yang bersifat thabat dalam Islam. (4 markah)
  • Dari segi akidah – kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa  dan tiada sekutu bagiNya
  • Dari segi Ibadat - ibadat khusus seperti solat fardhu, puasa dan haji telah ditetapkan cara pelaksanaannya oleh Islam.
  • Dari segi ketetapan hukum syariah – syariat Islam telah menetapkan pelbagai hukum seperti hukum wajib, haram, sunat dan tidak boleh diubah hukumnya hingga ke hari kiamat.


(c) Apakah yang akan berlaku kepada sesuatu jabatan jika isu layanan kaunter yang kurang memuaskan tidak ditangani dengan betul.










---------------------------------------------------------------------------------------------------------
soala 4

(a)  (i) Huraikan dua konsep harta menurut Islam
  • Harta adalah milik mutlak Allah SWT
  • Harta merupakan amanah Allah SWT kepada manusia untuk diuruskan dengan cara yang telah ditetapkan oleh-Nya. 
  • Harta yang cukup syarat-syaratnya mestilah ditunaikan haknya seperti mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.
  • Harta merupakan ujian dari Allah SWT kepada manusia untuk menentukan tahap keimanan mereka
  • Harta mesti dicari dan dibelanjakan secara halal

a (ii)  Nyatakan dua langkah mendapatkan harta secara halal.
  • melakukan sesuatu pekerjaan secara ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan 
  • menceburi bidang pekerjaan yang halal dan mengikut hukum serta sunnah di dalam Islam 
  • sentiasa menjaga ibadat fardu dan menjaga batas-batas pergaulan semasa bekerja 
  • berniaga dengan jujur dan tidak berasaskan riba dan penipuan


(c) (i) Terangkan dua ciri sistem muamalat Islam.
¨ Adil kepada semua pihak (1m) yang terlibat (1m).
¨ Reda antara kedua belah pihak (1m) yang berurusniaga (1m).
¨ Mendatangkan manfaat (1m) kepada kedua-dua belah pihak (1m).
¨ Bersih daripada penipuan / penindasan (1m) dalam transaksi / perniagaan (1m).
¨ Memberi kepuasan (1m) kepada pembeli dan penjual (1m).


(d) (i) Pada pandangan anda, mengapakah pekerjaan yang halal penting kepada individu muslim?


d (ii) Jelaskan dua ciri pekerjaan yang digalakkan dalam Islam.
  • Pekerjaan yang halal dan tidak melanggar peraturan syarak seperti perniagaan yang halal.
  • Pekerjaan yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak mencemarkan alam sekitar seperti bertani.  cct5
  • Pekerjaan yang tidak membahayakan diri sendiri dan orang ramai seperti menternak
  • Pekerjaan yang tidak melalaikan diri daripada beribadat kepada Allah SWT.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
soalan 5


(a) Nyatakan pengertian qadha berserta contoh. 
  • Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang nyata.
(b) Terangkan dua keistimewaan hukum jenayah Islam kepada individu. 

  • Individu akan insaf dan segera bertaubat kepada Allah SWT
  • Menjaga nyawa dan keselamatan harta benda daripada dicerobohi
  • Membentuk keperibadian muslim yang sejati
(c) (i) Nyatakan empat contoh amalan sunat. 
  • Solat Sunat
  • Puasa Sunat
  • Bersedekah
  • Dan sebagainya
 c (ii)  Jelaskan dua hikmah penetapan hukum sunat.
  • mendorong manusia agar sentiasa melakukan kebaikan 
  • Mendorong umat Islam supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Memberi peluang kepada umat Islam untuk menambahkan pahala ibadat kepada Allah SWT
  • Menghapuskan dosa-dosa kecil
  • Mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia
(d)


   Telah datang tiga orang lelaki ke rumah isteri-isteri Nabi SAW untuk bertanyakan tentang ibadah Nabi SAW
Apabila diberitahu (tentang ibadah nabi), seolah-olah mereka merasakan ibadah mereka terlalu sedikit, lalu mereka berkata: Di mana kedudukan kita berbanding Nabi SAW. Baginda telah diampuni dosa yang lalu dan akan datang.
   Salah seorang daripada mereka berkata: Sesungguhnya aku akan solat sepanjang malam selamanya. Seorang lagi berkata: Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak berbuka (berpuasa setiap hari). Seorang lagi berkata: Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.
   Lalu baginda datang, baginda pun bersabda:
" Kalian yang berkata itu dan ini? Demi Allah, sesungguhnya aku paling takut dan bertaqwa kepada Allah berbanding kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku tidur, dan aku juga mengahwini wanita".
Sesiapa yang berpaling daripada sunnah ku, bukanlah daripada kalangan ku.

Huraikan konsep yang sesuai dengan hadis di atas berserta tiga alasan. 

  • ¨ Ibadat dalam Islam tidak terlalu meringan dan tidak sampai membebankan umatnya.
  • ¨ Ajaran Islam adalah mengimbangi antara keperluan kehidupan di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat
  • ¨ Perundangan Islam adalah sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.








----------------------------------------------------------------------------------------------------
soalan 6

(a) (i)  Jelaskan dua kelebihan umat Islam yang memiliki kemantapan ekonomi.

  • zakat hara dapat membantu orang lain yang tberda dalam kesusahan
  • Umat Islam dapat menguasai dalam negara dan mengelakkan penindasan
  • Umat islam dipandang tinggi kerana mampu  bersaing dalm menjana pendapatan

a (ii) Cadangkan empat cara yang dapat anda lakukan untuk membantu memantapkan ekonomi keluarga.
  • Buat simpanan untuk waktu kecemasan dan kegunaan masa depan
  • Sentiasa bijak berbelanja supaya tidak berlaku pembaziran
  • Mencari peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan cara yang halal seperti membuat perniagaan online
  • Melabur wang ke saham-saham yang patuh syariah untuk menjana pendapatan
  • sentiasa bekerja bersungguh-sungguh
  •  
(b) Senaraikan empat amalan dalam penyelesaian masalah.

  • Melalui ajaran al-Quran dan as-Sunnah
  • Melalui pemerintah atau kerajaan
  • Melalui nasihat yang bijaksana
  • Melalui dakwah
  • Melalui pendidikan
  • Melalui doa
  • Melalui kesungguhan bekerja
  • Melalui pegangan agama yang teguh
(c) (i) Huraikan dua kesan kepada negara sekiranya masyarakat hidup dalam persengketaan.
  • Ekonomi negara akan terjejas akibat tiada kerjasama dalam masyarakat.
  • Sistem pertahanan akan menjadi lemah kerana tiada persepakatan untuk menjaga keamanan.
c (ii) Bagaimanakah cara Islam menangani masalah perpecahan dalam masyarakat.
  • Pelaksanaan undang-undang Islam memberi jaminan keadilan terhadap umat Islam dan bukan Islam.
  • Masyarakat bebas mengamalkan undang-undang dan adat resam masing-masing.
  • Masyarakat mestilah menghormati agama serta kepercayaan semua kaum.
  • Melaksanakan keadilan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
soalan 7



(a) (i) Terangkan dua cara menjaga keutuhan sesebuah rumahtangga.
  • Semua pihak menjalankan tanggungjawab terhadap rumahtangga (1m) dengan sempurna (1m).
  • Mengamalkan segala perintah agama / menjauhi maksiat (1m) dalam keluarga (1m).
  • Mengamalkan sikap hormat menghormati / berkasih sayang (1m) sesama ahli keluarga (1m).
  • Saling memenuhi keperluan pasangan masing-masing (1m) zahir dan batin (1m).
  • Sentiasa berusaha untuk mengukuhkan ekonomi (1m) rumahtangga (1m).
PH
a (ii) Nyatakan dua tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak.

  • ¨ Mendidik anak-anak dengan didikan yang baik / sempurna.

  • ¨ Memberikan kasih sayang kepada anak-anak.
  • ¨ Memberikan layanan yang saksama.
  • ¨ Bertolak ansur / berunding sebelum membuat sebarang keputusan mengenai anak-anak.







(b) Jelaskan dua bukti Islam mampu menyelesaikan semua masalah yang berlaku dalam kehidupan manusia.

  • Islam mengharamkan zina untuk mengelakkan masalah anak luar nikah.
  • Islam mengharuskan perkahwinan untuk melahirkan zuriat yang bersih.
  • Islam mengenakan hukuman potong tangan untuk menyelasaikan masalah kecurian.
  • Islam menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba untuk menyelesaikan masalah penindasan.



(c) (i) Terdapat segelintir ahli masyarakat yang meletakkan kenderaan di petak letak kereta yang dikhaskan untuk orang kurang upaya.

Kenapakah perkara sedemikian berlaku?

  • Kurang prihatin dengan kereluan mereka kerana mementingkan diri sendiri.



c (ii) Jelaskan dua cara yang dapat dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

  • Pihak berkuasa perlu memainkan peranan agar hak mereka terbela.
  • Kempen daripada pelbagai pihak agar orang ramai prihatin akan kelemahan orang kurang upaya.
  • Masyarakat perlu peka untuk memberi nasihat atau teguran agar tidak menglangi perbuatan tersebut