tasawwur

Peranan akal - spm 2008

  • menggunakan akal untuk memikirkan dan memahami kewujudan , kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T
  • manusia menggunakan akal untuk menimba ilmu pengetahuan yang boleh digunakan untuk memajukan diri sendiri dan masyarakat.
t4/ms48
peranan akal

SOALAN TASAWWUR SPM : SOALAN 1 / 2008

1 / 2008
a. Islam membahagikan ilmu kepada fardu ain dan fardu kifayah.
i. nyatakan maksud ilmu fardu ain.
Jawapan
     ilmu yang berkaitan dengan amalan - amalan yang wajib diketahui dan diamalkan oleh umat islam 
contohnya ilmu syariah , ilmu akidah , ilmu akhlak


ii. Senaraikan empat faedah anda mempelajari ilmu fadu Kifayah.


Jawapan
  • Menjamin kemuliaan dan memartabatkan ajaran islam
  • menyampaikan dakwah islamiah dengan lebih berkesan
  • memajukan sektor ekonomi bagi umat islam 
  • melahirkan lebih ramai pakar mengenai ilmu ilmu sains dan teknologi , pengurusan kewangan yang juga termasuk dalam ilmu fardhu kifayah   


b.i. Terangkan dua peranan akal kepada manusia.


Jawapan
  • menggunakan akal untuk memikirkan dan memahami kewujudan , kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T 
  • manusia menggunakan akal untuk menimba ilmu pengetahuan yang boleh digunakan untuk memajukan diri sendiri dan masyarakat.


b.ii. Bagaimanakah anda mensyukuri nikmat akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT.


Jawapan
  • memelihara akal dengan sebaiknya dan menjauhi perkara negatif seperti penyalahgunaan dadah , ubat batuk , pil khayal dan sebagainya yang boleh merosakkan akal.
  • mengasah akal dengan cara berfikir , belajar , bertafaakur dan sebagainya agar ilmu pengetahuan dapat diperluas serta menajamkan akal fikiran
  • memikirkan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah  S.W.T dengan cara beribadat tertentu seperti solat sunat
  • menjaga kesihatan tubuh badan dengan sempurna kerana badan yang sihat menjana minda yabg cerdas.



c. Nyatakan dua ciri yang menunjukkan al-Quran sebagai kitab yang lengkap.


Jawapan

  • Al - Quran adalah syummul , di mana kandungannya merangkumi pelbagai peraturan hidup di dunia sama ada dari segi sosial , akhlak , ilmu perundangan dan sebagainya 
  • Al - Quran sebagai kitab yang agung dan penuh dengan panduan dan hikmat yang dapat dimuliakan pada bila - bila masa dan di mana- mana sahaja sehingga tiba hari kiamat

d. Nyatakan empat contoh pemikiran yang bercanggah dengan hukum syarak.


Jawapan
  • mereka ajaran dan fahaman yang baharu yang boleh menyesatkan sesama manusia seperti ateisme , sekularisme , qaidani, ayah pin dan sebagainya .
  • berfikir untuk merosakkan seseorang seperti menzaliminya , menindas dan mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah dan sebagainya.
  • merekacipta teknologi atau peralatan yang baharu yang boleh mendatangkan kerosakan kepada manusia dan alam
  • berfikiran negatif dan sebagainya yang menyebabkan kemunduran terhadap masyarakat dan negara

SPM 2010 : SOALAN 2

a)   Syumuliayyah bermaksud ajaran Islam bersifat lengkap dan sempurna merangkumi semua aspek
      kehidupan.
     (i)   Terangkan dua perinsip Syumuliayyah.

Prinsip Syumuliyyah
  • Kesempurnaan hanya milik Allah s.w.t. Islam adalah sempurna diciptakan oleh Allah SWT untuk keperluan hidup manusia.
  • Semua makhluk yang hidup di dunia ini terikat dengan ruang, masa dan tempat yang tertentu.
  • Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.


    (ii)   Terangkan dua contoh Syumuliayyah dalam bidang ekonomi.
  • Kebebasan mencari, memiliki dan menguruskan harta seperti jual beli dan pajak gadai
  • Kewajipan mengeluarkan zakat dan galakkan bersedekah kepada orang memerlukan
  • Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara orang kaya dengan miskin 


b)   Jelaskan dua bukti yang menunjukkan  Islam mampu menjamin hak asasi manusisa.

  • Islam memberi ruang kepada perkembangan idea baru untuk ketamadunan manusia
  • Islam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran seperti hukum potong tangan kepada pencuru untuk mejamin keselamatan harta benda.

c)   Amir hendak bermusafir menuju ke London pada musim panas akan datang.
     (i)   Terangkan dua cara solat yang sesuai dilakukan oleh Amir mengikut prinsip Islam.

  • Solat qasar iaitu meringkaskan solat fadhu empat rakaat kepada dua rakaat
  • Solat jamak dengan menghimpunkan dua solat dalam satu waktu

     (ii)  Terangkan  tiga hikmat  diberikan kelonggaran kepada Amir  untuk melaksanakan  solat
            dengan cara tersebut.

  • Membukktikan  Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan
  • Dapat menarik minat rakan Amir yang bukan Islam memahami Islam
  • Kepentingan solat dalam Islam dalam apa jua keadan


SOALAN2 SPM10 memahami ia

SPM 2009 ; SOALAN 2

a)(i) Senaraikan dua ciri agama budaya (wad'ie)
  • Agama yang dicipta oleh manusia hasil permikiran pengasasnya.Contohnya agama Hindu,Buddha dan Sikh 
  • Tidak mempunyai kitab suci dan hanya mempunyai buku yang dikarang oleh pengasas agama tersebut 
  • Agama yang salah,tidak lengkap,tidak menyeluruh dan terbatas pada soal soal ibadat saja 
(ii) terangkan dua sebab agama budaya (wad'ie) tidak diterima oleh Allah SWT.
  • Tidak bersesuain dengan fitrah manusia 
  • Hanya direka oleh pengasasnya,bukan pencipta sekalian makhluk 
  • Tidak melenkap dan tidak menyuluruhi aspek aspek kehidupan manusia sejagat 




b) Terangkan tiga cara mengamalkan kesederhaan dalam kehidupan
  • Menggunakan harta pada jalan Allah dan tidak membazir 
  • Menyeimbangkan keperluan di dialam di dunia dan di akhrat 
  • Mengawal hawa nafsu yang bergelonjak 
c) Kewujudan projek koridor raya multimedia adalah hasil pemikiran yang positif bersesuaian dengan prisip Waqi'iyyah .

Kemukakan dua cara berfkir yang bersesuaian dengan prinsip Waqi'iyyah .
  • Memberi idea-idea projek koridor raya multimedia yang dibenarkan dan tidak berdanggah dengan syarak 
  • Berfikir untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat 
d) Islam memberi kelonggaran kepada orang yang sakit mengerjakan solat mengikut kemampuan .
Kemukan dua hikmah Islam memberikan kelonggaran tersebut.
  • Membuktikan bahawa ajaran islam tidak membebankan untuk beribadat 
  • Menjadikan tanda keistimewaan dan tanda kasih sayang Allah SWT kepada hanbanya 
SPM09 SPM2009       

SPM 2008 : SOALAN 2

2/2008

a)   (i) Senaraikan empat ciri agama langit (samawi).
          Jawapan

  • Diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril
  •  Mempunyai nabi/rasul yang bertugas menyampaikan dan menjelaskan dengan lebih terang dan lebih lanjut tentang wahyuyang diterima
  • Bersuaian dengan fitrah semula jadi kejadian dan kehidupan manusia
  • Nilai ditentukan oleh ALLAH SWT sendiri yang diselaraskan dengan kecerdasan akal manusia
  • Mempunyai kita suci yang diturunkan oleh ALLAH SWT 
SPM2/2008 SPM2/2012 SPM2/2014 SPM2/2016

     (ii) Terangkan dua cara beriman dengan agama langit (samawi).

         Jawapan

  • Yakin dan berpegang teguh dengan ajarannya iaitu dengan kepercayaan terhadah ALLAH SWT dengan pengabdian hanya kepada ALLAH SWT
  • Tidak mengubah suai ajaran di dalam al-Quran mengikut peredaran masa dan kemahuan sendiri


b)   Jelaskan dua cara anda berumalat  dalam bidang ekonomi menurut konsep syumuliyyah.

  • Islam mewajibkan golongan yang kaya agar membayar zakat supaya dapat merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin
  • Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh islam dalam urusan jual beli bagi mengelakkan berlakunya penindasan ,riba,monopoli atau spekulasi
  • Melaksanakan aktiviti urusan jualbeli,sewa menyewa,pajak gadai dan seumpamanya yang dihalalkan oleh Islam untuk mencari dan memiliki harta tanpa melanggar hukum syarak
c)   Islam agama praktikal dan mampu diamalkan oleh semua golongan manusia.
      Terangkan dua pendapat anda yang menyokong penyataan diatas.
      Jawapan

  • Ajaran Islam bersifat realiti yang memenuhi kehendak serta keperluan manusia dan mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan cara berpandukan al-Quran dan mengikuti segala peraturan dan hukum yang ditetapkan dalam Islam
  • Setiap ibadat yang wajib dan fardu terdapat keistimewaan dan kelonggaran tersendiri,tidak membebankan dan setara dengan kemampuan setiap manusia


d)   Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

      (kemampuannya)

       Berdasarkan  maksud ayat di atas , terangkan dua hujah untuk menolak dakwaan bahawa ajaran
       islam membebankan.
       Jawapan

  • Islam membenarkan solat secara jamak dan qasar jika umatnya musafir
  • Islam mengharuskan makanan yang haram jika umatnya berkeadaan darurat

SPM 2007 ; SOALAN 2

a) Rabbaniyyah bermaksud mengenal Allah SWT.
    Jelaskan dua cara untuk menghayati sifat rabbaniyyah
Jawapan

  • Mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah
  • Berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meningkatkan syiar Islam
  • Berakhlak dengan akhlak mulia dan terpuji
  • Beriman dan yakin dengan segala rukun iman


b) Waqi'iyyah bermaksud praktikal dan mampu diamalkan oleh semua golongan manusia.

     i) Terangkan dua contoh kesederhanaan dalam ibadat menurut prinsip Waqi'iyyah .

  • Solat fardhu yang wajib dilakukan secara berdiri, tetapi jika uzur , dibenarkan dengan duduk bebaring
  • Solat qasar dan jamak ketika musafir


    ii) Huraikan tiga keistimewaan beribadat berlandaskan prinsip Waqi'iyyah .

  • Ibadat dapat dilakukan dalam apa jua keadaan berdasarkan kemampuan seseorang
  • Islam menggalakan pemikiran kreatif dan inovatif. Pemikiran tersebut dikira jihad untuk kemajuan dunia dan akhirat
  • Islam bersifat praktikal dan realiti . Sekiranya dilaksanakan ia dapat menyesaikan segala masalah dalam kehidupan

c) Antara hak asasi manusia yang tekandung dalam prinsip 'Alamiyyah ialah memelihara nyawa.
    Terangkan tiga cara Islam memelihara nyawa manusia.

  • Menetapkan hukum hudud dan qisas dapat menjamin nyawa manusia
  • Islam menyuruh umatnya menjaga kesihatan mental dan fizikal agar terhindar penyakit seperti AIDS.
  • Islam melarang kegiatan negatif yang merosakkan jiwa seperti membunuh diri dan minum arak