tasawwur

SOALAN TASAWWUR SPM : SOALAN 1 / 2007

a.i. Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai ad-Din?
Jawapan
  • Satu cara hidup manusia yang lengkap dan sempurna dan tidak hanya tertumpu pada soal ibadat semata-mata, malah merangkumi seluruh kehidupan manusia.


a.ii. Nyatakan dua sebab Islan diterima sebagai agama yang diredai disisiAllah SWT .
Jawapan

  • Agama yang sempurna dan menyeluruhi aspek kehidupan
  • Islam mengutamakan akidah atau kepercayaan tauhid

b.  Budaya asing yang negatif yang digelar budaya kuning boleh  disebar melalui media massa.
i. Terangkan dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat  islam dengan budaya kuning.
Jawapan

  • mendalami ilmu agama terutama kalangan kanak-kanak)
  • mengamalkan cara hidup yang sihat
ii. Jelaskan dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangami ancaman budaya kuning.
Jawapan

  • Mengamalkan syariat Islam
  • Mendalami ilmu agama
  • Mengamalkan cara hidup sihat

c.Ajaran sesat yang wujud di Malaysia boleh menjejaskan keharmonian negara
i. Nyatakan dua contoh ajaran sesat tersebut
Jawapan

  • Bahai
  • Taslim
ii. Huraikan dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umant Islam.


Jawapan
  • Pengamal ajaran sesat akan tergelincir akidah kerana mereka telah mempertikaikan kebenaran al-Quran dan al-hadis
  • Pengikut ajaran sesat yang selalu fanatik dengan ajaran mereka yang bertentangan dengan ajaran Islam boleh berlakunya  pergaduhan
  • Berlakunya perkara-perkara negatif seperti keruntuhan rumah tangga dan jenyah
  • mencemarkan kesucian agama Isiam
  • Medatangkan kemudaratan dan ketidakteraman kepada rakyat dan negara
t4/ms85

soalan tasawwur islam tingkatan 4 so 1
contoh soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan  1
nota soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan 1

SOALAN TASAWWUR SPM : SOALAN 1 / 2009

a.i. Apakah maksud  fitrah beragama.
Jawapan
Fitrah ialah naluri semula jadi manusia yang mengakui adanya Tuhan Yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT

a.ii. Senaraikan empat ciri orang yang bepegang dengan Islam.
Jawapan

  • Melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa mengharapkan pujian manusia
  • Bersyukur dengan nikmat dan rezeki dengan memfaatkan ke jalan Allah SWT.
  • Memiliki akhlak yang mulia agar dikasihi manusia.
  • Memiliki jiwa yang kental tanpa gentar dengan sebarang ugutan manusia


b. Jelaskan dua peranan mukjizat Rasul.
Jawapan
  • Menunjukkan kewujudan dan kekuasaan Allah SWT
  • Membuktikan kebenaran para nabi dan rasul 
  • Mengukuhkan keyakinan orang ramai terhahadap para rasul



c. Nyatakan dua contoh pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam
Jawapan

  • Pertandingan ratu cantik, bina  badan dan nyanyian.
  • Filem-filem  aksi, lucah dan hiburan yang melalaikan.
  • Sistem riba yang terdapat di bank kovensional.


d. Terangkan dua cara menjauhi pengaruh ajaran sesat.
Jawapan

  • Mengamalkan ajaran islam dalam setiap aspek kehidupan manusia.
  • Mendalami ilmu agama dalam semua aspek seperti akidah, syariah dan akhlak
  • Menjauhi daripada aktiviti-aktiviti ajaran sesat

soalan tasawwur islam tingkatan 4 so 1
contoh soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan  1
nota soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan 1

SOALAN TASAWWUR SPM : SOALAN 1 / 2010

1 / 2010
a.i. Nyatakan dua keistimewaan manusia sebagai makhluk Allah SWT.
Jawapan

  • Dikurniakan akal untuk berfikir bagi membezakan antara yang hak dan yang batil
  • Diberikan naluri untuk mencipta dan mendapatkan sesuatu. 
  • Diturunkan kitab suci Al-Quran dan hadis sebagai   panduan untuk hidup . 
  • Setiap amalan manusia diberikan ganjaran, samada ganjaran baik (pahala) atau buruk ( dosa) 
  • Dilantik sebagai khalifah Allah SWT dimuka bumi 



a.ii. Terangkan tiga tanggungjawab manusia sesama manusia.
Jawapan

  • Menjalinkan hubungan silaturrahim tanpa mengira keturunan, kedudukan dan agama.
  • Memelihara hak sesama insan seperti memelihara hak-hak jiran dan  membantu mereka yang memerlukan bantuan
  • Sentiasa hormat-menghormati dan bertoleransi, terutamanya di kalangan masyarakat majmuk agar negara sentiasa aman, maju, dan harmonis. 


b. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun.
     Terangkan dua hikmah cara penurunan tersebut.
Jawapan

  • Membezakan antara kitab al-Quran  dan kitab-kitab lain.
  • Menambahkan keyakinan bahawa kitab al-Quran bukan rekaan manusia.
  • Memudahkan manusia untuk menghafal, memahami dan dan melaksananakan kandungan al-Quran.


c. Terangkan dua ciri keistimewaan Islam.
Jawapan
  • Ajaran Islam datang dari Allah SWT
  • Ajaran Islam lengkap dan memberi rahmat kepada seluruh alam
  • Ajaran Islam mudah diamalkan dan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia
  • Ajaran Islam kekal hingga hari kiamat
d.i. Nyatakan dua ciri pengaruh asing yang bertentangan Islam.
Jawapan

  • Menolak ayat-ayat al-Quran dan hadis kerana mengikut logik  akal dan nafsu semata-mata.
  • Menggalakkan manusia mencari harta  tanpa batasan.


d.ii. Nyatakan dua kelemahan umat Islam dalam menangani ancaman budaya asing.
Jawapan

  • Kurang didikan agama Islam
  • Pegangan akidah tidak mantap
  • Sikap masyarakat dan media yang menjadi ejen penyebar budaya asing.

soalan tasawwur islam tingkatan 4 so 1
contoh soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan  1
nota soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan 1