tasawwur

Kepentingan Melaksanakan Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba & Khalifah Allah SWT - ekonomi

  • Ekonomi maju dan pesat.
  • Pembangunan negara dapat dijalankan dengan lancar.
  • Merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan masyarakat
T4hdkA t4kssm

Kepentingan Melaksanakan Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba & Khalifah Allah SWT - Sosial


  • Perpaduan dapat dikekalkan.
  • Masyarakat hidup dengan toleransi dan saling menghormati.
  • Wujudk Keharmonian dalam masyarakat.
T4hdkA t4kss

Kesan pengabaian tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT

  • Berlaku keruntuhan akhlak dan jenayah berleluasa.
  • Masyarakat akan kekurangan ilmu dan jahil.
  • Hilang kepercayaan kepada pemimpin dan negara akan mundur.
  • Berlaku perpecahan dan diskriminasi dalam masyarakat.


T4HDKA t4kssm

Punca pengabaian tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT

  • Syariat Islam tidak dilaksanakan.
  • Mengabaikan pendidikan.
  • Masyarakat bersikap malas dan memilih pekerjaan.
  • Kelemahan urusan pentadbiran dan salah guna kuasa.
  • Hilang sikap hormat –menghormati antara
  • masyarakat

T4HDKA t4kssm

Tindakan SebagaiHamba dan Khalifah Allah SWT

 


Kempen Kitar Semula

➢ Membentuk diri supaya sentiasa menjaga

kebersihan.

➢ Memupuk masyarakat supaya mencintai

dan menyayangi alam sekitar


Kursus Kepimpinan Sekolah

➢ Melatih diri menjadi pemimpin yg baik.

➢ Mengamalkan “ Amar Makruf Nahi

Mungkar

Bengkel Kemahiran dan Inovasi

➢ Menjana pemikiran kreatif dan kritis.

➢ Menggunakan akal dlm mencipta sesuatu

yg dpt dimanfaatkan oleh org lain.

➢ Memupuk persefahaman antara murid

Kem Jati Diri

➢ Membentuk keyakinan diri dan kekuatan

rohani.

➢ Memberi kesedaran tentang manusia

sebagai hamba dan khalifah Allah SWT


T4hdkA 

Testing

 


Bab 4: Feqah ni

 

Pi55 
4.4 Pengurusan Harta Selepas Kematian

 

  • Dalam subtopik ini, anda akan dapat memahami dan merumuskan tentang jenis-jenis pengurusan harta seperti wasiat dan faraid.
 
Unit 1 : Wasiat
Maksud Wasiat : Iqrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak
Hukum : Sunat

 

Dalil Naqli

 1. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 180 :

Maksud :

 Diwajibkan keatas kamu, apabila seorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan ke atas orang yang bertaqwa.

 2. Abdullah Bin Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

(Riwayah Al-Bukhari)

Maksud :

  Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan wasiat yang tertulis disisinya.

Sumber : online.anyflip.com

 .

Galakkan Berwasiat

 Jabir Bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

(Riwayah Ibnu Majah)

Maksud:

 Sesiapa yang mati dalam keadaan berwasiat, maka dia telah mati di jalan Allah SWT dan Sunnah (rasulNya), mati dalam keadaan taqwa dan syahid, serta mati dalam keadaan diampuni dosa.

Sumber : online.anyflip.com

 

Cara Pengurusan Wasiat
  1. Harta yang diwasiat hendaklah dikira sebaik sahaja kematian pewasiat.
  2. Harta yang diwasiatkan hendaklah tidak melebihi daripada 1/3 daripada keseluruhan harta.
  3. Dilaksanakan setelah dilangsaikan segala perbelanjaan pengurusan jenazah dan hutang si mati.

 

Rukun WasiatSyarat Sah Wasiat
Pewasiat
  1. Berakal, tidak sah wasiat bagi orang gila
  2. Baligh, tidak sah wasiat bagi kanak-kanak
  3. Sukarela, tidak sah wasiat bagi orang yang dipaksa
  4. Merdeka, tidak sah wasiat bagi hamba
Penerima Wasiat
  1. Diketahui dengan jelasnya sama ada individu tertentu atau organisasi. Tidak sah wasiat yang umum.
  2. Masih hidup, tidak sah wasiat kepada orang yang telah mati
  3. Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan menguruskan harta. Tidak sah wasiat kepada janin dalam kandungan yang belum dilahirkan.
Harta yang Diwasiatkan
  1. Harta yang bernilai
  2. Harta yang boleh berpindah milik
  3. Harta yang harus dan bukan sesuatu yang haram
Sighah (Ijab & Qabul)
  1. Lafaz wasiat boleh digunakan sama ada jelas atau qias.
  2. Penerimaan wasiat berlaku setelah kematian pewasiat.

 

Pembahagian Harta Wasiat

 Majoriti ulama berpendapat bagi orang yang meninggalkan anggota waris, qadarnya tidak lebih daripada 1/3 harta berdasarkan hadis :

 Saad bin Abi Waqas RA meriwayatkan bahawa aku telah berkata kepada Rasulullah SAW : 

Maksud :

 Wahai Rasulullah, aku mempunyai harta dan aku tidak mempunyai waris kecuali seorang anak perempuan. Bolehkah aku mewasiatkan 2/3 hartaku? Rasulullah SAW menjawab : "tidak boleh", aku bertanya lagi : "Bagaimana dengan 1/2 daripadanya? Rasulullah SAW menjawab : "tidak boleh", aku bertanya lagi : "Bagaimana dengan 1/3 daripadanya?" Rasulullah SAW.

Sumber : online.anyflip.com

 

Hikmah Pensyari'atan Wasiat
  1. Mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan walaupun setelah meninggal dunia.
  2. Menjamin kelangsungan operasi sesebuah organisasi melalui suntingan dana daripada pewasiat.
  3. Memanfaatkan harta bagi tujuan kebajikan masyarakat melalui wasiat.
  4. Menjaga kebajikan orang yang hampir dengan si mati seperti anak angkat atau anggota keluarga waris yang tidak layak menerima harta pusaka.

 

Unit 2 : Faraid Dalam Islam
Maksud Faraid : Pembahagian harta seorang yang islam yang telah meninggal dunia kepada anggota wwarisnya menurut hukum syarak.
Hukum : Wajib

 

Dalil Naqli

 1. Allah SWT berdirman dalam Surah An-Nisa;. Ayat 7 :

Maksud :

 Orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan saudara mara mereka, dan orang perempuan ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan saudara mara mereka, sama ada sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.

 2.Abdullah bin Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Maksud :

 Serahkanlah harta-harta pusaka yang ditetapkan itu kepada para pemiliknya. Apa-apa jua yang masih berbaki, maka serahkanlah bahagian itu kepada waris lelaki yang terdekat.

Sumber : online.anyflip.com

 

Rukun FaraidSyarat Sah Faraid
Orang yang Mewariskan Harta
  • Kematian telah disahkan
  • Sekiranya kematian belum disahkan, pembahagian harta tidak dibenarkan
Waris
  • Waris masih hidup
  • Mengetahui status hubungan dengan si mati
Harta Pusaka
  • Harta yang dimiliki oleh si mati
  • sekiranya harta pusaka tidak dimiliki oleh si mati, pembahagian harta tidak sah.
  • Antara waris yang boleh menerima harta pusaka:
  1. Bapa
  2. Ibu
  3. Suami
  4. Isteri
  5. Anak lelaki
  6. Anak perempuan

 

Jenis Waris
  1. Ashabul Furud : Waris yang menerima harta pusaka mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
  2. 'Asabah : Waris yang menerima harta pusaka selepas dibahagikan kepada Ashabul Furudh

 

Jenis 'AsabahContoh

'Asabah Binnafsi

Anggota waris yang terdiri daripada kaum lelaki.

  • Bapa
  • Datuk
  • Anak lelaki
  • Cucu lelaki dari anak lelaki
  • Saudara lelaki kandung
  • Saudara lelaki sebapa
  • Bapa saudara kandung
  • Bapa saudara sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara kandung
  • Anak lelaki bapa saudara sebapa

'Asabah Bil Ghairi

Waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris lelaki

  • Anak perempuan dengan anak lelaki
  • Cucu perempuan dengan cucu lelaki
  • Saudara kandung perempuan dengan saudara kandung lelaki
  • Saudara perempuan sebapa dengan saudara lelaki sebapa

'Asabah Ma'al Ghairi

Waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris perempuan yang lain.

  • Saudara perempuan kandung
  • Saudara perempuan sebapa berkongsi dengan anak perempuan atau cucu perempuan

 

WarisPembahagian Harta Pusaka
Bapa
  • 1/6 : Sekiranya mempunyai anak lelaki
  • 'Asabah : Sekiranya tiada anak
  • 1/6 dan 'Asabah : Sekiranya  mempunyai anak perempuan sahaja
Ibu
  • 1/3 : Sekiranya tiada anak atau terdapat hanya seorang saudara lelaki atau perempuan
  • 1/6 : Sekiranya mempunyai anak atau terdapat lebih daripada dua orang saudara lelaki atau perempuan
  • 1/3 : Daripada baki sekiranya hanya mempunyai ibu, ayah. suami atau isteri.
Suami
  • 1/2 : Sekiranya tiada anak
  • 1/4 : Sekiranya mempunyai anak

Isteri

  • 1/4 : Sekiranya tiada anak
  • 1/8 : Sekiranya mempunyai anak
Anak Lelaki
  • Seluruh harta sekiranya tiada anak perempuan
  • 'Asabah Binnafsi
Anak Perempuan
  • 1/2 : Sekiranya anak tunggal perempuan
  • 2/3 : Sekiranya terdapat dua atau lebih anak perempuan
  • 'Asabah Bil Ghairi sekiranya mempunyai anak perempuan

 

Hikmah Pensyari'atan Faraid
  1. Mengelakkan berlaku pertelingkahan dalam pembahagian harta yang menjejaskan kebahagiaan dalam keluarga.
  2. Menjamin kelangsungan hidup waris selepas kematian orang yang mewarisi harta.
  3. Menegakkan keadilan bagi pihak waris  supaya tidak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
  4. Mengekalkan kasih sayang dalam kalangan anggota keluarga.

 

 
4.5 Jenayah Dalam Islam

 

  • Dalam subtopik ini, anda akan dapat merumuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah dalam islam dengan tepat derta memahami dengan betul jenis-jenis hukuman jenayah dalam islam.
 
Jenayah Dalam Islam
Maksud : Kesalaha-kesalahan yang dinyatakan hukumannya dalam  Al-Quran, As-Sunnah dan sebahagian daripada mahkamah.
Hukum Melaksanakan Hukuman Jenayah Dalam Islam : Wajib

 

Dalil Naqli

 1. Allah SWT berfirman dalam Suruh Al-Baqarah, Ayat 178 :

Maksud :

 Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh, iaitu : orang yang merdeka dengan orang yang merdeka, hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan.

2. Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatlkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

(رواية مسلم)

Maksud :

 Tidak halal darah (nyawa) seseorang muslim yang mengucap bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan bahawa aku Raulullah SAW melainkan satu daripada tiga, iaitu orang yang sudah berkahwin melakukan zina, membunuh haiwan dan orang yang meninggalkan agama, keluar daripada jemaah islam.

Sumber : online.anyflip.com

 

Hukuman Kesalahan Jenayah
  1. Hudud
  2. Qisas
  3. Takzir

 

1. Hudud
Maksud : Hukuman keseksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuknya dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Hukum : Wajib

   Jenis Kesalahan & Hukuman :

  1.  Minum arak
  • Meminum sebarang bahan yang memabukkan sama ada dinamakan arak atau tidak, banyak atau sedikit
  • Hukuman : Sebat 40 kali  

       2. Mencuri

  • Mengambil harta orang lain secara tersembunyi (tanpa kerelaan) dengan tujuan memilikinya
  • Hukuman : Potong tangan & pulangkan barang yang dicuri  

       3. Qazaf

  • Tuduhan zina atau penafian nasab  terhadap orang yang baik akhlaknya
  • Hukuman : Sebat 80 kali & tidak diterima sebagai saksi

       4. Zina

  • Melakukan persetubuhan yang haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan
  • Hukuman :
  1. Penzina Bukan Muhsan (Belum Kahwin) : Sebat 100 kali dan buang daerah selama setahun
  2. Penzina Muhsan (Sudah Kahwin) : Rejam dengan batu sampai mati.  

       5. Merompak

  • Melakukan serangan dengan menggunakan kekerasan untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan orang awam secara terbuka.

 

Kategori Menggunakan Kekerasan dengan Niat Mengambil HartaHukuman
Berlaku rampasan harta dan berlaku pembunuhanDibunuh kemudian dipalang
Tidak berlaku rampasan harta tetapi berlaku pembunuhanDibunuh
Berlaku rampsan harta tetapi tidak berlaku pembunuhanDipotong tangan dan kaki secara bersilang
Tidak berlaku rampasan harta dan tidak berlaku pembunuhanTidak berlaku rampasan harta dan tidak berlaku pembunuhan

 

2. Qisas
Maksud : Hukuman keseksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuk hukumannya secara balasan yang sama seperti dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Hukum : Wajib jika mangsa atau waris mangsa mahukan balasan yang sama. Namun demikian, Mangsa atau waris mangsa boleh menggantikan balasan tersebutndengan diat atau memaafkannya.
Diyat (pampasan) : jumlah bayaran berdasarkan persetujuan bersama atau ditetapkan oleh mahkamah

   Jenis Kesalahan & Hukuman :

    1. Pembunuhan

  • Serangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
  • Hukuman : 
  1. Mati
  2. Diyat jika ada pengampunan daripada waris mangsa

    2. Perbuatan yang Membawa Kepada Kecederaan

  • Perbuatan yang mendatangkan kecederaan
  • Hukuman :
  1. Balasan yang sama
  2. Diyat jika ada pengampunan daripada mangsa atau waris mangsa.

 

3. Takrir
Maksud : Hukuman keseksaan yang tidal ditetapkan jenis dan bentuk dalam Al-Quran dan As-Sunnah, sebaliknya diputuskan oleh mahkamah.
Hukum : Hakim harus menjatuhkan hukuman berdasarkan ijtihad dan maslahat  rakyat dan negara bagi kesalahan yang tiada peruntukan.

 

Hikmah Hukuman Jenayah Dalam Islam
  1. Menegakkan keadilan dalam kalangan manusia agar dapat hidup dengan sejahtera.
  2. Mendidik dan menghukum bagi sebarang kesalahan dan maksiat yang dilakukan supaya mendapat keampunan daripada Allah SWT.
  3. Menjamin keselamatan, kestabilan dan kedamaian bagi masyarakat dan negara.
  4. Merancakkan pertumbuhan ekonomi tanpa bimbang kepada sebarang rampasan dan kecurian.

SPM 2018 : SOALAN 1

a)
(i)
Apakah maksud insan?


(ii )
Nyatakan empat tanggungjawab insan terhadap Allah SWT.
c)
Jelaskan dua pemikiran yang selari dengan pemikiran Islam.
d)
Terangkan dua peranan hadis membimbing akal dalam aspek ibadat. 

Daripada Aishah r.a. katanya: Rasulullah SAW masuk telah menemui saya. Ketika itu dua orang jariah (hamba perempuan) sedang menyanyi-nyanyi (memperingati perang) baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring tempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a. serta mengherdik saya dengan katanya : " Serunai (mizmar) syaitan di sisi Nabi SAW ". Rasulullah SAW menghadap Abu Bakar r.a. seraya berkata:  "Biarkan nereka menyanyi ". Apabila kedaan Rasulullah SAW agak selesa dan leka, aki mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi . Maka mereka pun berhenti menyanyi dan  keluar. 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
e)
Berdasarkan petikan hadis di atas, kemukakan pandangan anda tentang hiburan menurut perspektif Islam
kertas 1   kertas 2    SKIMA


 1/18 SPM2018