LAMAN UTAMA

NOTA TASAWWUR ISLAM SPM TINGKATAN 4 : 'ALAMIYYAH










'Alamiyyah bermaksud sarwajagat iaitu Islam agama yang sesuai kepada semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman.

Prinsip ‘Alamiyyah

  • Islam memuliakan manusia.
  • Nilai keadilan manusia bersifat sejagat.
  • Islam menjamin hak asasi manusia.


Ciri-ciri Alamiyyah Islam dalam bidang sosial

  • Tiada paksaan memeluk Islam
  • Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat
  • Bebas mengamalkan agama dan adat resam kaum masing-masing
  • Hak perlindungan nyawa dan kehormatan

Bukti yang menunjukkan Alamiyyah Islam dalam bidang perundangan
  • Dapat diterima dan diamalkan oleh semua manusia
  • Mementingkan perdamaian dan keadilan sejagat
  • Keadilan Islam menyeluruh dan tidak terhad kepada umat Islam sahaja
  • Membela kebenaran dan menentang kebatilan
Kesan jika terdapat golongan yang hanya menegakkan kebenaran tetapi tidak mencegah kemungkaran
  • Maksiat dan kemungkaran tetap berlaku
  • Masyarakat berada dalam keadaan huru hara
  • Masyarakat hidup dalam keadaan ketakutan
Hak asasi yang dijamin oleh Islam
  • Kebebasan beragama
  • Kebebasan bersuara
  • Kebebasan memiliki harta
  • Melindungi nyawa
Cara untuk mewujudkan kesejahteraan dan keamanan
  • Menerima perdamaian sekiranya pihak musuh ingin berdamai.
  • Menjamin hak dan kebebasan orang bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam.
  • Memiliki sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah.
Contoh perbuatan masyarakat yang melanggar hak asasi manusia
  • Penderaan kanak-kanak.
  • Menghilangkan nyawa tanpa hak / membunuh.
  • Mengganggu ketenteraman awam.
Ciri hak asasi manusia dalam Islam
  • Kebebasan mencari dan memiliki harta
  • Kebebasan menyuarakan pendapat
  • Mendapat keadilan di sisi undang-undang
  • Kebebasan beragama
Bukti manusia makhluk yang paling dimuliakan Allah s.w.t.

  • Dikurniakan akal fikiran
  • Manusia dilantik sebagai khalifah
  • Rasul dilantik di kalangan manusia / diturunkan Quran / wahyu
  • Menjadikan bumi sebagai tempat tinggal manusia

Perkara yang melayakkan manusia dimuliakan oleh Allah s.w.t.
  • Menyempurnakan ibadat wajib yang difardukan
  • Menjalankan tugas khalifah dengan sempurna
  • Beramal soleh dan berakhlak mulia
  • Memiliki ilmu pengetahuan yang bermanfaat
t4 t4p13    alamiah  alamiyah