tasawwur

HARTA, HAK MILIK DAN PEKERJAAN

SOALAN SPM 2017

13
Antara berikut yang manakah sumber harta yang dibenarkan menurut Islam

A
Habuan pertaruhan dalam permainan sukan.

B
Hadiah peraduan mereka cipta fesyen pakaian.

C
Pelaburan dalam perbankan konvensional.

D
Pembekal bahan mentah ke kilang minuman keras. 


SOALAN SPM 2016


12
Pilih pernyataan yang menunjukkan kelebihan bekerja kerana Allah SWT

A
Melahirkan pekerja yang cekap dalam semua bidang.

B
Meningkatkan mutu kerja yang berkualiti.

C
Menghasilkan produk yang disukai ramai.

D
Meluaskan bidang pekerjaan.

17
Antara yang berikut yang manakah matlamat bekerja dalam Islam  

A
Menunaikan tuntutan fardhu Kifayah.

B
Memenuhi impian keluarga.

C
Mencari kemewahan hidup.

D
Memajukan ekonomi diri.

SOALAN SPM 2015

12
Antara yang berikut yang manakah implikasi larangan pencerobohan harta?

A
Kehidupan orang miskin tidak terbela.

B
Masyarakat bebas memiliki harta tanpa batas.

C
Perpaduan dalam anggota mesyarakat bertambah erat .

D
Bimbang keselamatan harta dicerebohi oleh orang lain.

13
Semua yang berikut ialah kesan sekiranya tiada pengiktirafan terhadap hak milik kecuali

A
harta tidak dapat diwarisi.

B
manusia menjadi malas untuk berusaha.

C
manusia tidak bebas menggunakan harta.

D
harta menjadikan manusia bersifat sombong.

SOALAN SPM 2014

Sesuatu yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hambaNya untuk dimiliki dan dimanfaatkan

10
Pernyataan di atas menerangkan _______ hak milik.

A
konsep.

B
batasan

C
pengertian

D
kepentingan


11
Antara yang berikut yang manakah bentuk pencerobohan harta dengan cara pecah amanah?

A
Riba .

B
Rasuah.

C
Mencuri.

D
Merompak.

12
Antara yang berikut yang manakah kelebihan bekerja kerana Allah SWT terhadap individu?

A
Pelanggan berpuas hati.

B
Meningkatkan mutu barangan.

C
Melahirkan pekerja yang ikhlas.

D
Menghasilkan produk yang berkualiti.


SOALAN SPM 2013


13
Pengertian pekerjaan dalam Islam ialah

A
kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan sumber pendapatan.

B
usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang diingini .

C
melakukan aktiviti untuk mendapatkan pahala daripada Allah SWT.

D
kewajipan yang dilakukan untuk mendapatkan harta.

15
Antara yang berikut yang manakah cara memperoleh harta secara haram? 

A
Bekerja makan gaji.

B
Bekerja sebagai petani.

C
Berniaga barangan runcit.

D
Berurus niaga dalam semua jenis saham.

SOALAN SPM 2012

 6
Antara yang berikut yang manakah peraturan dalam pemilikan harta?

A
Harta mesti disimpan keseluruhannya.

B
Harta wajib dibelanja mengikut keinginan.

C
Harta boleh diperoleh daripada pelbagai sumber.

D
Harta yang diperoleh perlu ditunaikan kewajipannya.

16
Semua yang berikut ialah kesan kesungguhan bekerja kepada individu kecuali

A
Merangsang pertumbuhan ekonomi.

B
Memupuk sikap berdikari.

C
Meningkatkan daya saing.

D
menaikkan taraf hidup.

SOALAN SPM 2011

5
Antara yang berikut yang manakah etika kerja dalam Islam?

A
Bertoleransi dalam semua perkara.

B
Berpuas hati terhadap hasil kerja.

C
Berlemah lembuh dalam semua tindakan.

D
Bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan.

6
Antara yang berikut yang manakah implikasi larangan pencerobohan harta dalam Islam?

 I
Perpaduan bertambah erat

 II
Keselamatan harta terjamin

 III
Golongan miskin menjadi kaya

 IV
Bebas mencari harta tanpa batas

A
I dan II

B
II dan III

C
II dan IV

D
I dan IV

SOALAN SPM 2010

7
Antara yang berikut yang manakah menjelaskan kepentingan harta terhadap pembangunan masyarakat






A
i.   Meningkatkan taraf hidup 
ii.  Membantu golongan yang ditimpa musibah
iii. Mewujudkan golongan yang hidup dalam kemewahan
iv.  Memberikan pinjaman modal untuk memulakan                perniagan
I, II dan III

B
I, II dan IV

C
I, III dan IV

D
II , III dan IV


13
Antara yang berikut yang manakah cara menguruskan harta menurut Islam?

A
Membelanjakan harta dalam semua perkara.

B
Merangka pembelanjaan harta sebulan sekali.

C
Memfaatkan harta untuk kepetingan orang ramai.

D
Melaksanakan tanggungjawab sosial seperti gotong royong.