LAMAN UTAMA

MODUL TASAWWUR ISLAM (JSPN-S5)

Soalan 5/ Kelantan

a.  Dua matlamat perundangan Islam

  • Memelihara Agama
  • Memelihara Nyawa
  • Memelihara Akal
  • Memelihara Harta Benda
  • Memelihara Keturunan
  • Memelihara Maruah
  •  Memelihara Keharmonian Negara

2  X 1 markah = 2 markah

(ii) Dua keperluan perundangan Islam kepada keharmonian hidup bermasyarakat.

  • Masyarakat bebas melakukan aktiviti seharian  kerana jenayah berkurangan dalam negara
  • Harta benda dan jiwa masyarakat terpelihara kerana penjenayah takut melakukanp perbuatanjenayah

(Mana-mana jawapan yang munasabah diterima)


b) Dua matlamat fatwa dalam perundangan Islam.

  • Untuk menyelesaikan masalah semasa / yang tidak terdapat hukum secara nyata dalam al-quran dan al-hadis / seperti hukum menderma darah dan sebagainya
  • Untuk mengelakkan masyarakat berpegang kepada hukum yang dikeluarkan oleh individu agar tidak timbul sebarang keraguan
  • Untuk menghilangkan keraguan masyarakat / terhadap sesuatu hukum / supaya tidak menjatuhkan imej Islam
  • Untuk memberi keyakinan kepada umat Islam / untuk berpegang teguh kepada hukum agama / kerana ianya dikeluarkan oleh orang yang berkelayakan


(c) (i) 


 (b) Dua matlamat fatwa dalam perundangan Islam.

  • Untuk menyelesaikan masalah semasa / yang tidak terdapat hukum secara nyata dalam al-quran dan al-hadis / seperti hukum menderma darah dan sebagainya
  • Untuk mengelakkan masyarakat berpegang kepada hukum yang dikeluarkan oleh individuagar tidak timbul sebarang keraguan
  • Untuk menghilangkan keraguan masyarakat / terhadap sesuatu hukum / supaya tidak menjatuhkan imej Islam
  • Untuk memberi keyakinan kepada umat Islam / untuk berpegang teguh kepada hukum agama / kerana ianya dikeluarkan oleh orang yang berkelayakan


(c) (i) Maksud Ibadat ialah

  • Ibadat bermaksud kepatuhan kepada Allah SWT melalui perbuatan dan perkataan yang berlandaskan syariat Allah SWT serta mengakui dan meyakini bahawa Allah SWT sahajalah yang layak menjadi tumpuan segala ketaatan.


(ii) Perkaitan antara ibadat dengan perundangan


4. Dorongan kepada manusia melakukan ibadat. Contohnya hukum wajib akan disertai dengan ganjaran pahala manakala hukum haram pula akan disertai dengan balasan dosa, oleh itu penetapan hukum tersebut akan mendorong manusia melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.


(d) Dua konsep pembalasan yang digariskan oleh undang-undang jenayah Islam terhadap penjenayah

  • Konsep pembalasan dalam perundangan Islam adalah merangkumi dunia dan akhirat.
  • Pembalasan dalam Islam adalah setimpal dengan jenayah yang telah dilakukan
  • Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia akan  diberi pembalasan oleh Allah SWT samada di dunia ataupun di akhirat 
  • Jika seseorang itu terlepas daripada menerima pembalasan semasa di dunia dia akan mendapat pembalasan semasa di akhirat


Soalan 5 / Melaka

 (a) (i) Pengertian perundangan Islam:

  •  Segala hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT keatas manusia yang merangkumi aspek-aspek akidah, ibadah  dan akhlak 

(ii) Empat sumber perundangan Islam:

  •  Al-Quran
  •  Al-Hadis
  •  Al-Ijmak
  •  Al-Qias


(b) (i) Dua contoh perkara yang haram dilakukan dalam Islam:

  •  Mencuri
  •  Mengumpat
  •  Berzina
  •  Makan riba

 * Semua perkara haram yang lain adalah diterima


(ii) Islam melarang umatnya daripada melakukan perbuatan yang haram kerana:

  • Untuk memastikan kepentingan diri manusia terpelihara  contohnya pengharaman berzina  kerana perbuatan ini merosakkan keturunan manusia  . Kesimpulannya sebagai umat Islam kita hendaklah meninggalkan perkara yang haram agar hidup dalam keadaan aman dan sejahtera


(c) Dua cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti ibadat:

  •  Sentiasa mengingati Allah SWT dalam melakukan sebarang pekerjaan (1m) seperti menjaga batasan halal dan haram  dalam memperoleh harta (1m).
  •  Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu ibadat (1m) supaya ibadat yang dilakukan akan mencapai kesempurnaan  dan menepati tujuan ibadat tersebut (1m). 
  •  Mendampingi orang yang berilmu dan soleh (1m) dengan sentiasa mengikut segala amalan kebaikan mereka (1m) 
  •  Sentiasa tenang dan sabar dalam menghadapi segala kesusahan dan cabaran ketika beribadat (1m) seperti tabah dan berhati-hati dalam menuntut ilmu (1m) 
  •  Melakukan ibadat secara berterusan (1m) bukan mengikut trend masyarakat pada sesuatu masa (1m)  


(d) Perbezaan antara hukum jenayah Islam dengan hukum jenayah ciptaan manusia:


Hukum jenayah Islam  

Hukum jenayah ciptaan mnusia 

Hukum jenayah Islam diciptakan oleh Allah SWT 

Digubal daripada hasil pendapat dan pengalaman pihak yang berkuasa 

Perlaksanaan hukum jenayah Islam mendapat keberkatan dan rahmat drpd Allah SWT  

 Tidak ada keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT 

 Mendidik jiwa manusia dengan menghapuskan dosa dan ganjaran baik di akhirat 

 Pembalasan hanya di dunia sahaja dan gagal mendidik jiwa manusia 

 Kuasa pengampunan berada di tangan keluarga mangsa 

 Kuasa pengampunan berada dalam kuasa mahkamah





Soalan 5 / Johor


 a) i) Dua sumber utama perudangan Islam

• Al-Quran

• Al-Hadis 

ii) dua ciri keunggulan perundangan Islam

• Ciptaan allah SWT

• Lengkap dan sesuai

• Hukuman yang adil

• Kekal hingga ke akhirat

• Mendidik jiwa manusia

• Memelihara keselamatan masyarakat dan negara

• Hukuman bersifat memberi pengajaran

• Ganjaran pahala untuk orang-orang yang mematuhi ajaran Islam [ 4 Markah ]

b) i) Pengertian Fikah

  • - kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid yang diambil dari dalil-dalil syarak. Contoh; bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan yang ajnabi membatalkan wuduk menurut mazhab Syafi

ii) kebaikan fatwa kepada umat masa kini

• Menjadikan umat Islam setiasa patuh kepada ajaran agama

• Melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikir dalam mencari kebenaran 

• Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan harmoni [ 4 Markah ]

c) Maksud hukum wajib ialah perintah Allah SWT yang mestilah dilaksanakan. Contohnya solat lima waktu, puasa bulan ramadhan, menutup aurat dan sebagainya. 

Maksud hukum haram ialah larangan Allh SWT yang mesti ditinggalkan. Contohnya minum arak, mencuri, berzina dll.


Soalan 5 / Pulau Pinang

 (a) Pengertian ibadat :

• Ibadat ialah pengabdian kepada Allah SWT, melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan hati yang berlandaskan syariat Allah

• Mengakui dan meyakini bahawa Allah sahajalah yang layak disembah.(1m)


(b) Dua contoh bagi setiap perkara di bawah :

• Ibadah khusus (wajib) - Solat Fardhu, puasa Ramadhan, zakat dan haji.

•(ii) Ibadah khusus (sunat) – Membaca al-Quran, berzikir, berdoa, semua jenis solat sunat, semua jenis puasa sunat dan bersedekah.

(c) Dua cara untuk merealisasikan perkara di atas ialah :

• Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu ibadat supaya mencapai kesempurnaan dalam ibadat(1m) 

• Mendampingi orang yang berilmu dan soleh  untuk mendalami ilmu daripada mereka(1m) 

• Melakukan ibadat secara berterusan agar tidak dianggap hangat hangat tahi ayam

• Menjauhi perkara perkara negatif  seperti memakai pakaian tidak menutup aurat(1m) 

• Sentiasa melakukan ibadat wajib secara sempura dengan memenuhi segala syarat-syaratnya)


(d) Tiga hikmah penetapan hukum haram dalam Islam : .

• Memastikan kepentingan diri manusia terpelihara  agar selamat di dunia dan akhirat. 

• Memastikan manusia sentiasa berdisiplin  supaya maruah terpelihara


• Memastikan manusia tidak melakukan kerosakan dan penindasan yang menyebabkan huru-hara 

• Memastikan manusia lebih aman dan sejahtera (1m) kerana mematuhi perintah Allah SWT (1m). 

 


(e) Cadangan jawapan

Ibadat dapat menjamin kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat kerana dengan melakukan ibadat kita akan selalu dekat dengan Allah dan Allah akan menjauhkan kita dari segala perkara perkara mazmumah yang tidak disukaiNya. Kesannya kita akan melaksanakan hidup dengan penuh tenang dan berkualiti. Oleh itu lakukanlah ibadat sepenuh hati dan jiwa supaya cemerlang walau di