Tanggal 14 Februari merupakan satu tarikh yang dinanti-nantikan oleh segelintir pasangan kekasih di seluruh dunia kerana meraikan cinta. Walau bagaimanapun , umat Islam dilarang meraikan kerana amalan ini betentangan dengan Islam.
|
Hujah saya, amalan tersebut bertentang dengan Islam adalah haram dan tidak diredhai Allah SWT kerana pasangan kekasih akan terjebak dalam lembah maksiat. Contohnya, berdua-duan pada malam hari kekasih akan menyebabkan berlakunya perkara zina. Oleh itu para ulama sebulat suara tentang pengharaman hari kekasih yang boleh merosakkan umat Islam.